Siakap Keli

Uncle Kentang Akan Bertanding PRK Semenyih, Janji Jaga Hati Dan Jiwa Orang Susah

Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya berhasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih 2 Mac ini.

KITA BERPOLITIK UNTUK PARTI ATAU UNTUK RAKYAT? Sila share jika kamu setuju.

Saya di tegur oleh penyokong PH dan BN agar tidak menyertai PRK DUN Semenyih. Mereka masing masing mau parti mereka menang. Ada PH kata saya musuh ada BN kata saya di tanam sebagai agen PH untuk pastikan BN tak menang di Semenyih. Ada pula orang kata saya agen DAP dan kasi pecah undi. Baik lah saya nak tanya adakah kita menyokong parti atau menyokong rakyat?

Saya berhasrat bertanding di PRK DUN SEMENYIH dengan HATI DAN JIWA ORANG SUSAH, DEMI ORANG SUSAH BERSAMA ORANG SUSAH.

MENGAPA NAK BERTANDING?

Kalau sayamembuat aku janji saya akan buat seperti apa yang saya buat di Puchong sekarang di Semenyih, Van jenazah, Teksi 10 sen. Tempat ambil makan dan hantar makanan sampai lah rumah, Ambulan RM 1, Pasar 10 sen, pelbagai lagi inisiatif, adakah CALON LAIN tercabar dan HARUS BUAT AKU JANJI YANG SAMA?

KALAU LAH MEREKA TAK BOLEH BUAT APA YANG SAYA JANJIKAN DI SEMENYIH, BAIK MEREKA JANGAN BERTANDING.

Ini bermakna mereka akan terhimpit dan akan melafazkan aku janji yang sama, APA BENDA MANIFESTO? MANISFESTO TARAK GUNA KERANA IA TAK PERLU DI TUNAIKAN. BERTANDING DI SEMENYIH, kita harus buat STAUTORY DECLARATION DAN PERLU BERSUMPAH APA YANG BAKAL KITA BERI KEPADA ANAK ANAK SEMENYIH.

Bukan janji manis yang kosong dan biar anak anak SEMENYIH melopong lagi.

Saya bertanding demi untuk membawa perubahan yang akan menguntungkan ANAK ANAK SEMENYIH. Bukan untuk menang parti. Saya berhasrat tanding sebagai CALON BEBAS. Biar lah kita bertanding bawa perubahan kepada NASIB ANAK ANAK SEMNYIH DAN BUKAN NASIB CALON ATAU PARTI dan tinggalkan anak anak SEMENYIH gigit jari.

Tuhan bukapeluang untuk ANAK ANAK SEMNYIH BERUBAH NASIB DAN HIDUP MEREKA AGAR LEBIH TERBELA DAN TERSUSUN.

Kalau saya boleh buat aku janji untuk segala perkhidmatan, mengapa tidak pula calon calon lain?

Renung renunglah wahai sahabat. KITA HIDUP SEKEJAP. BIAR ANAK ANAK SEMENYIH MENANG DALAM PRK, DI UBAH NASIB MEREKA , DI UBAH HIDUP MEREKA , AIR MATA TAK BERLINANGAN KERANA SAKIT TERLANTAR TAK DI TOLONG, JENAZAH KAKU TAK DI PEDULI, TANGISAN ANAK LAPAR TAK MAKAN TAK DI HIRAUKAN…. orang politik akan berpolitik seumur hidup mereka, biar lah kita aku dan kau berjuang demi cari sedikit bekalan ke akhirat dan bela nasib anak anak Semenyih.

Saya hairan penyokong tegar PH dan BN adakah kita nak berpolitik untuk calon, untuk parti, atau betul betul untuk rakyat dan Nasib Anak Anak Semenyih?

AKU TRAP CALON LAIN. KALAULAH AH KUAN YANG KERDIL INI BOLEH BUAT AKUJANJI DAN NAK BANTU ANAK ANAK SEMENYIH, KAU JUGA SEBAGAI CALON, HARUS TAMPIL DAN BUAT AKU JANJI MACAM MANA NAK UBAH NASIB ANAK ANAK SEMENYIH DAN BUKAN UBAH NASIB ENGKAU SEBAGAI CALON, UBAH NASIB PARTI ENGKAU BERTEMPIK ATAS PENTAS GAGAH TAPI RAMAI LAGI ANAK MELAYU, ANAK INDIA DAN ANAK CINA MASIH LAPAR, MASIH TERKANDAS DAN TERPINGGIR.

Salam hormat dari saya.
Kuan Chee Heng
Bakal Calon Bebas untuk ANAK ANAK SEMENYIH.

Kalau kamu like apa yang saya katakan share dan mari lah kita buat aku janji membaikkan mana yang lemah dan menambahkan mana yang kurang. Hidup ini adalah dengan izin Tuhan. Cari berkat demi ubah nasib anak anak Semenyih.

Nur Farra