Siakap Keli

Ternyata Ini Sebabnya Lantai Di Tanah Suci Sentiasa Sejuk Dan Wangi

Bagi sesiapa yang telah menunaikan ibadah haji atau umrah, mereka mungkin akan menyedari kesejukan telapak kaki apabila melangkah ke lantai marmar Masjidil Haram dan sekitar Kaabah Suci di Mekah.

Ramai telah membahaskan sebab disebalik rasa sejuk, memandangkan suhu musim panas yang menyengat di Saudi.

Pejabat Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci memberitahu bahwa alasan utamanya adalah daripada jenis marmar yang digunakan.

Arab Saudi mengimport lantai marmar jenis Thassos dari Greece yang memantulkan sinaran matahari serta mengelak haba daripada meresap.

Pihak berkuasa telah menolak dakwaan bahawa sebab sebenar di balik kesejukan itu adalah berpunca daripada paip air sejuk yang disalurkan di bawah lantai marmar.

Sumber: Al Arabiya

Nur Farra