Siakap Keli

Dituduh Sebagai Ahli Sihir, Sekeluarga Mati Dibunuh

Odissa, India: Polis memberkas enam orang suspek atas kesalahan membunuh seorang wanita berserta empat orang anaknya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam sebuah perigi.

Motif kejadian dilaporkan berpunca dari tuduhan dan desas-desus yang mengatakan mangsa yang dikenali sebagai Mangri Munda adalah seorang ahli sihir di kampung tersebut.

Kegiatan memburu ahli sihir dikatakan menjadi kebiasaan di kawasan perkampungan di India dan mereka menjadikan wanita sebagai target utama.

Menurut pegawai polis, Kavita Jalan, suspek utama yang telah diberkas mengakui dirinya sebagai seorang pawang yang menyembuhkan sakit mistik yang dialami oleh penduduk kampung.

Suspek tersebut juga menuduh bahawa Mangri telah menyihir salah sebuah keluarga yang menetap dikampung yang sama membuatkan para pemburu ahli sihir berang dan mengambil keputusan untuk membunuh mereka.

Pada 25 Januari yang lalu, sekumpulan lelaki memecah masuk rumah Mangri pada tengah malam sebelum menyerang wanita itu bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuannya menggunakan kayu dan kapak sehingga mati.

Mayat kesemua mangsa ditemui pada keesokan harinya di dalam sebuah perigi berdekatan rumah mereka.

Siasatan dan usaha membanteras masih dijalankan berikutan kes sebegini mencatatkan statistik yang tinggi di negara tersebut.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar