Siakap Keli

“Duhai Perempuan, Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu,” Pesanan Ismail Embong Untuk Wanita Tarik Perhatian Netizen

Bapa kepada selebriti dan pelakon terkenal, Emma Maembong dalam satu status yang di muat naik melalui Facebook miliknya mengingatkan para wanita untuk menjauhi lelaki yang tidak baik.

Ismail Embong menerusi perkongsian tersebut memberitahu lelaki yang membuka aib seorang wanita mempunyai niat yang jahat.

“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga.”

Baru-baru ini, Emma Maembong dalam satu temubual memberitahu media keputusannya untuk kembali tidak berhijab.

Keputusannya itu walau bagaimanapun mendapat kritikan netizen serta pemintanya yang rata-rata kesal dan sedih dengan tindakan yang dibuat.

Emma turut menjelaskan keputusan yang diambil tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Nur Farra