Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kajian Terbaru Dakwa Duduk Tonton Televisyen Tempoh Yang Lama Boleh Tingkatkan Risiko Kanser Usus

Kajian yang dikeluarkan dalam jurnal perubatan, JNCI Cancer Spectrum mendakwa duduk dalam tempoh yang lama iaitu sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari menonton televisyen boleh meningkatkan risiko kanser usus sebelum menjelang usia 50 tahun.

Diketuai oleh Dr. Long Nguyen daripada Massachusetts General Hospital dan Harvard Medical School mendakwa bahawa risiko berkenaan boleh meningkat sehingga 70 peratus sekiranya seseorang meluangkan masa 2 jam atau lebih di hadapan kaca tv.

Menurut laporan Times Now News, pasukan penyelidik melakukan kajian ke atas tingkah laku tidak aktif yang ditunjukkan oleh 89,278 responden wanita berusia diantara 25 hingga 42 tahun di Amerika Syarikat.

Daripada jumlah tersebut, lebih daripada separuh 118 kes masalah kanser usus dalam kalangan orang muda menunjukkan tabiat duduk di depan tv lebih daripada sejam setiap hari. Tingkah laku tersebut menunjukkan pesakit-pesakit tersebut mempunyai risiko 12 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang kurang meluangkan masa di depan tv.

Kajian yang ikeluarkan oleh JNCI Cancer Spectrum adalah antara kajian terawal yang mengaitkan tingkah laku tidak aktif dengan masalah kanser usus.

Dalam kebanyakkan kes, kanser usus yang biasanya boleh dielak sekian lama dipercayai hanya menyerang inidividu-individu berusia 50 tahun ke atas, bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku peningkatan kes kanser usus dalam kalangan pesakit berusia 20-an dan 30-an.

Sumber: Times Now News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.