Siakap Keli
Gambar Hiasan

Malaysia Duduki Tangga Pertama Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Dunia

Majalah International Living melalui laman webnya menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam senarai Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia 2019 dalam ketegori Annual Global Retirement Index.

Melalui maklumat yang boleh dicapai daripada laman web tersebut, sebanyak 6 buah negara yang menduduki carta teratas senarai tersebut menawarkan penjagaan kesihatan kelas pertama, perkhidmatan berkelas dunia selain kos yang lebih rendah.

Malaysia berjaya memperolehi skor sebanyak 95 mata daripada 100 mata penuh untuk berada di tangga pertama mengatasi Perancis dan Thailand.

Tiga lagi negara adalah Ecuador (4), Mexico dan Costa Rica (5).

Laman berkenaan menyatakan bahawa Malaysia sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia dengan kemudahan teknologi yang serba canggih.

Dengan jumlah keseluruhan 13 buah hopsital mendapat akreditasi daripada Joint Commision International (JCI), pencapaian ini juga dibantu dengan keupayaan pegawai-pegawai perubatan ini untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

Kebanyakkan pegawai perubatan dalam negara juga merupakan graduan-graduan dariapda institut-institut pengajian tinggi terkemuka luar negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia sehingga ia menjadi pilihan untuk pelancong-pelancong asing mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

JCI juga meletakkan empat buah hospital di Kuala Lumpur dan 2 buah lagi di Pulau Penang dalam kategori Emas di peringkat dunia.

Selain itu, para pelancong juga mempunyai pilihan sama ada mahu memilih perkhidmatan kesihatan swasta ataupun awam. Bagaimanapun perkhidmatan swasta dikatakan memerlukan kos yang lebih tinggi namun dengan piawaian seperti di negara-negara barat.

International Living juga memberitahu antara faktor lain adalah keupayaan ahli farmasi yang mempunyai tinggi dan mengikuti perkembangan kesihatan semasa, sama seperti pegawai-pegawai perubatan profesional.

Malaysia juga diletakkan pada kedudukan kelima dunia sebagai destinasi pilihan paling popular untuk menetap selepas bersara bagi 2019.

Sumber: International Living

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.