Siakap Keli

Internet Unlimited Dengan Kelajuan 7 Kali Ganda 4G+, Ini Antara Data Internet Paling Berbaloi Dan Murah Di Malaysia

Siapa yang pernah ‘surf internet’ di telefon menggunakan data yang lembap, mesti tahu rasa sakit hati tu macam mana. Kalau boleh nak hempas je telefon tu! Tambah pula bila ada panggilan yang masuk, sudah lah line tak jelas, sambungan interent terus teputus tak pun makin bertambah lembap. Nak video call? Mimpi saja lah!

Tapi semua masalah itu selesai selepas YES melancarkan plan YES KONFEM 4G, Konfem Unlimited Postpaid Kalau anda nak tahu, terdapat tiga pilihan di dalam pakej ini iaitu Yes Konfem Unlimited 46, Yes Konfem Unlimited 69 dan juga Yes Konfem Unlimited 99 dengan internet 4G LTE tanpa had!

Serendah RM46, Internet Unlimited, Kelajuan 7 Kali Ganda 4G!

Tapi mana cukup kalau 4G sahaja betul tak? Sebab itu YES beri anda 4G LTE dengan kelajuan 7 kali ganda! Memang gila! Sesuai sangat untuk anda yang memang pengguna tegar internet seperti kami! Dari plan prepaid, first time nak cuba pakai plan pascabayar? Ha, kami sarankan anda cuba plan serendah RM46 tu dulu.

Tapi bagi kami yang dah melanggan plan pascabayar sedia ada, kami terus je upgrade ke Yes Konfem Unlimited 99 tu. Internet 4G LTE sudah tentu paling terbaik tapi apa kami paling suka adalah dapat menikmati panggilan tanpa had dan 300 minit percuma ke telco lain. Kalau anda kaki gayut macam kami paling sesuai pilih ini! Tak pun, pilih sahaja Konfem Unlimited 69, itu pun sudah lebih dari memadai.

Panggilan Lebih Jelas Dengan Voice over LTE (VoLTE)

Bukan sahaja kelajuan internet 4G LTE 7 kali ganda lebih laju, ini satu lagi yang buat kami rasa plan dari YES ini memang awesome! Kalau anda nak tahu, YES merupakan rangkaian telekomunikasi pertama di Malaysia yang mengaktifkan fungsi panggilan LTE (Voice over LTE – VoLTE) ke dalam talian mereka.

Kalau anda nak tahu, bila terdapatnya perkhidmatan VoLTE dalam ketiga-tiga plan yang diberikan oleh YES ini, panggilan akan menjadi lebih jelas dengan kualiti definisi tinggi. Tak ada line tersangkut lagi bila anda sedang bergayut! Sambungan panggilan telefon pun akan masuk lebih cepat hingga 3 kali daripada biasa. Fuhh!

Ada yang gemar video call? Comfirm tak menyesal lagi kalau anda pilih plan dari YES ini kerana VoLTE juga menjanjikan panggilan video anda 10 kali ganda lebih berkualiti daripada biasa. Tak adalah dalam video nampak ‘blur’ je muka tu, betul tak!

Jadi, memang tak hairanlah VoLTE daripada YES ini telah dianugerahkan sebagai ”Most Innovative Voice Service” di Telecoms Asia Awards pada tahun 2017 lalu. Memang terbaik dan tidak diragui lagi kehebatannya!

Layari Interent Dengan 4G LTE Serentak Dengan Panggilan Telefon!

Ini memang tak dinafikan, paling memudahkan pengguna. Kami yakin, anda juga macam kami bila berada dalam panggilan, pastinya mahu kelajuan interent seperti biasa tanpa adanya gangguan. Cuba bayangkan, kalau anda tengah ‘download’ sesuatu ke dalam telefon, bila panggilan masuk sahaja internet terputus tak pun jadi lembap. Mesti sakit hati kan!

Dengan plan dari YES tak perlu risau kerana anda boleh melayari internet 4G LTE dengan kelajuan seperti biasa tanpa adanya gangguan. Ini kerana YES merupakan satu-satunya pengendali rangkaian mudah alih negara ini yang membolehkan panggilan serentak dan penggunaan data!

Sebagai contoh, sambil menggunakan Waze anda boleh menjawab panggilan telefon. Sambil menjawab panggilan telefon anda boleh menyemak email dan membalas pesanan. Ha, kan mudah tu!

Jadi apa tunggu lagi? Berubah ke plan YES KONFEM 4G, Konfem Unlimited Postpaid sekarang juga. Semak promosinya melalui kedai YES terdekat atau mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web YES. Kami sudah langgan, anda bila lagi?



Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.