Siakap Keli

Jangan Bawa Balik Emosi Negatif Kerana Boleh Hantui Semua Ahli Keluarga, Ini Tips Untuk Mengelakknya Dari Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Emosi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana kesan dan akibatnya boleh mendatangkan keburukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

Terutamanya dalam sesebuah perhubungan, emosi yang sukar dikawal pasti boleh menyebabkan hubungan yang dibina menjadi rapuh.

Emosi negatif macam marah, geram, kecewa, sedih ataupun stres jangan bawa balik rumah. Kalau boleh selesaikan di luar rumah.

Related image

Emosi negatif ni berhantu. Sekali kita dah bawa balik ia akan terus menetap kat rumah kita. Ia akan sentiasa menghantui semua ahli keluarga kita.

Kesudahannya bila kat rumah kita rasa bosan, suram dan tak bermaya. Anak asyik tantrum tanpa sebab, isteri sentiasa bersedih untuk hal kecil dan suami pula selalu marah – marah.

Ini petanda rumah kita dah di rasuk emosi negatif !

Entri kali ini akan berkongsi penerangan dari saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya mengenai keburukan emosi negatif yang dibawa pulang dan tips untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.

Ikuti perkongsian bermanfaat ini dan selamat membaca.

Image result for angry parents

Pernah rasa tak? Masa kat tempat kerja anda rasa ok, tenang dan bersemangat tapi bila balik je ke rumah tiba – tiba rasa lesu, tak bermaya dan cepat melenting. Itulah kerja hantu emosi negatif!

Lebih bahaya kalau rumah yang jarang sekali buat majlis kenduri, doa selamat atau majlis meraikan ahli keluarga seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Hantu emosi ni semakin bermaharajalela.

Walaupun hantu emosi ni tak seseram hantu lain yang hisap darah, cekik sampai mati atau yang buat kita meracau-racau tapi hantu emosi ni pun beri kesan yang teruk juga. Rumahtangga boleh porak peranda kalau dah selalu bergaduh dan bermasam muka.

Image result for angry parents

Sebab itulah kita kena:

1. Tak kisah masalah serius macam mana pun, bila balik rumah kena senyum. Bila anak isteri tengok kita senyum, mereka pun akan turut senyum. Inilah hukum tarikan “Law of attraction”.

2. Kalau rasa nak marah kat dalam rumah, bawa bersabar! Cuba tenangkan diri dulu dengan minum air atau ambil wuduk. Bila dah reda baru tegur siapa yang buat anda marah tadi. Ingat, selain kita bersabar kita dapat ajar anak cara uruskan emosi dengan betul.

3. Sentiasa menghargai anak dan isteri. Beri perhatian, beri pelukan, ciuman dan selalukan cakap perkataan “sayang” dan “love u”. Tak perlu hadiah mahal – mahal pun untuk buat anak isteri rasa dihargai.

4. Selalulah buat majlis kenduri, tahlil atau doa selamat kat rumah. Sebab bila kita selalu buat bacaan ayat suci Al-Quran dan jamu orang makan ia boleh halau hantu emosi negatif tadi dan jemput aura positif ke rumah kita. Kalau tak dapat buat majlis, baca sendiri dengan anak isteri pun boleh.

Image result for happy family

5. Lepas tu selalulah gembirakan anak isteri. Tolong buat kerja rumah ke, main bersama anak ke ataupun luangkan masa tengok tv sama-sama. Lebih banyak masa di luang, maka lebih banyak memori positif yang terhasil. Nak lawan emosi negatif mestilah dengan emosi positif kan.

6. Setahun sekali ubah – ubah susunatur dalam rumah pun boleh beri kesan positif, beri kesegaran dan rasa lebih best. Itu sebablah masa raya isteri kita mesti nak tukar langsir baru, cadar baru, sarung kerusi baru dan cat baru. Sebab isteri kita memang sensetif bab – bab emosi ni.

Akhir kata, rumah kita adalah tanggungjawab kita. Sempit atau luas rumah tu tak menjamin rumah akan rasa bahagia dan ceria.

Lebih penting dari rumah adalah ahli dalam rumah tu sendiri. Rumah tanpa orang hanyalah batu dan simen. Orang di dalam rumah itu yang buatkan rumah tu bernyawa dengan kegembiraan dan keceriaan.

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar