Siakap Keli

MR. DIY Tarik Balik Pelekat ‘Tapak Kaki’ Didakwa Ada Kalimah Suci

Sebelum ini, isu pelekat kereta berdasarkan helaian ayat suci Al-Quran tular di media sosial dan mendatangkan kemarahan orang ramai.  Rata-rata netizen berpendapat, kedai serbaneka tersebut tidak sensitif dengan produk yang dijual.

Walau bagaimanapun, terbaru kedai tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook mereka memberitahu produk yang didakwa akan ditarik balik dan dihentikan pengeluarannya.

“Kami telah menerima beberapa maklumbalas mengenai produk dan kami membuat keputusan ini untuk menarik semula produk tersebut. Kami minta maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.”

Mr. DIY ingin menarik semula produk pelekat kereta dengan serta-merta kerana didapati mengandungi aksara / kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pelanggan Muslim kami.

Produk akan ditarik balik dari semua kedai di semua cawangan dengan serta-merta.

MR DIY mengambil perkara ini dengan sangat serius dan ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami atas maklum balas yang berharga.

Kami tidak berniat menyinggung mana-mana agama atau budaya dan sangat menyesal atas perkara ini.

Semua pelanggan yang telah membeli produk tersebut akan menerima bayaran balik secara penuh dan bukti pembelian diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami.

Kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

Sumber: MR. DIY, Twitter Faiz

Nur Farra