Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Rupanya Anda Boleh Kena Denda Kalau Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan

Senario biasa yang selalu kita lihat apabila khemah dipasang di hadapan rumah terutamanya di kawasan taman-taman perumahan jika adanya majlis perkahwinan, kematian atau apa sahaja majlis keramaian.

Tetapi sebenaranya, adakah meletakkan khemah di kawasan laluan jalan awam ini dibolehkan dan tidak menjadi stau kesalahan?

Jawapan asasnya adalah tidak boleh sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Seseorang itu dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membenarkan sebarang binaan atau halangan di mana-mana tempat awam.

Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Menurut perkongsian daripada PanduLaju.com.my, sekiranya majlis anda diserbu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan seperti dinyatakan di atas, tidak perlu marah kerana laporan yang dibuat memang mempunyai kesalahan mengikut undang-undang.

Namun, masalah sebegini tidak selalu berlaku jika adanya budi bicara dari kedua-dua pihak. Jika anda perlu menggunakan laluan utama kejiranan untuk membuat majlis, beritahulah secara baik untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tetapi, harus diingatkan, kawasan kejiranan yang penuh sesak seperti di perumahan flat dan apartment kurang sesuai untuk dibuat majlis keramaian.

Sumber : Akta 133, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, PanduLaju.com.my

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.