Siakap Keli

(Video) Padah Tampar Pegawai Imigresen Di Bali Tahun Lalu, Wanita Ini Dipenjara 6 Bulan

”Angkat tangan awak dari saya,” demikian jerit seorang wanita ketika dua orang pegawai polis memegang tangannya ketika berada di mahkamah.

Wanita tersebut, Auj-E Taqaddas yang tidak dapat menahan marah turut dilihat melemparkan kata-kata kesat gara-gara tidak dapat menerima kenyataan dia dijatuhkan hukuman penjara setelah menampar seorang pegawai imigresen enam bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada Julai tahun lalu di Bali, Indonesia, wanita British itu telah menampar seorang pegawai imigresen ekoran tidak berpuas hati berkaitan visanya yang telah tamat tempoh ketika berada di negara itu.

Dalam rakaman yang tersebar itu, Taqaddas telah menafikan tindakannya dengan menyatakan bahawa video tersebut telah disunting dari rakaman asal.

Di juga turut membuat tuduhan bahawa dua pegawai polis telah menyiksanya sejak berada di dalam tahanan.

”Ini adalah keputusan berat sebelah. Mereka telah menyiksa saya sebanyak tiga kali termasuk hari ini,” kata Taqaddas.

Malah, wanita itu turut mendakwa, pihak mahkamah tidak meminta rakaman CCTV sambil menunjukkan wajah pegawai polis yang didakwa telah menyiksanya.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di