Siakap Keli
Gambar : The Nation

10 Tahun Hilang, Balik Rumah Tembak Mati Bekas Isteri Dan Ibu Mertua Gara-Gara Cemburu

Selepas menhilangkan diri dan tidak pulang ke rumah selama 10 tahun, seorang lelaki didakwa menembak mati bekas isteri dan ibu mertuanya dalam kejadian rabu lalu.

Suspek didakwa bertindak sedemkian kerana berang bekas isterinya itu telah berkahwin lain.

Menurut polis, kejadian tembakan tersebut berlaku di rumah wanita itu, Na-ua Jajoo, di Kampung Ban Muang Noi di daerah Wiang Pa Pao di Chiang Rai, Thailand.

Keika kejadian, mangsa, Na-ua, 38, telah ditembak sebanyak dua kali di bahagian belakang badan dan dada dengan menggunakan senapang patah.

Manakala ibunya pula, Ada Haeni, 63, telah ditembak sekali di bahagian belakang.

Polis berkata, suspek yang tidak dinyatakan namanya itu merupakan bekas suami Na-ua.

Saudara-mara Na-ua memberitahu polis, bekas suami mangsa telah meninggalkannya 10 tahun lalu dan tiba-tiba sahaja pulang ke rumah menemuinya pada malam rabu lalu.

Apabila mengetahui Na-ua telah berkahwin dengan lelaki lain enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak, suspek menjadi cemburu dan bergaduh dengan suami baru bekas isterinya itu. Na-ua sempat melarikan diri ke tandas sebelum dibunuh.

Polis berkata, suspek yang kehabisan peluru melarikan diri dari tempat kejadian. Polis kini sedang giat memburu bekas suami mangsa.

Sumber : The Nation

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.