Siakap Keli
Gambar : Facebook

”Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu Sayang,” Sayu, Isteri Pergi Tanpa Pesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan insan tersayang seperti pasangan hidup perit untuk diterima. Dia yang selama ini menemani hari-hari kita, berkongsi suka dan duka kehidupan kini tiada lagi. Segala impian bersama, hancur berkecai. Tetapi, begitulah kehidupan, seperit mana pun perlu diteruskan.

Luahan sayu seorang suami mengenai pemergian isterinya ini ternyata menjentik emosi yang membaca. Ketika dihubungi, Mohamad Khusyairi berkata, disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, arwah isterinya Ade Liyana Sapuan dimasukkan ke hospital 3hb lalu. Namun, ternyata Tuhan lebih menyayangi isterinya apabila Liyana menghadap ilahi dua hari selepas itu ketika berada di ICU.

Moga suaminya terus tabah membesarkan anak tunggal lelaki mereka yang kini berusia 4 tahun. Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat, namun di sebaliknya boleh ‘mengajar’ setiap di antara kita untuk sentiasa menghargai insan tersayang sementara masih ada. Siapa tahu, dia yang kini berada di sisi, esok sudah tiada lagi.

“KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU”

Allah, Allah, Allah..  Perkataan terakhir yang abang bisikkan di telinga sayang sebelum ventricular monitor menunjukkan bacaan mendatar.. Pada masa tu abang tau sayang dah takda.. Doktor mintak keluar sekejap untuk mengesahkan waktu kematian.. Jam 3.56 a.m waktu tertera di surat kematian..

Pihak hospital mohon izin untuk menguruskan jenazah sayang sebelum dibawa ke bahagian forensik.. Abg memilih PUJI untuk urusan untuk mandi dan penghantaran ke rumah..

Selepas subuh van sampai, sayang diangkat ke dalam van untuk dimandikan.. Abang mintak untuk sama-sama mandikan sayang.. Air mata abang tahan dari mengalir konon-konon kuat tapi dalam hati Allah je yang tau..

Abang tak lepaskan peluang untuk kucup dan belai segala anggota yang pernah berbakti kepada abang.. Anggota-anggota yang menjadi saksi di sana nanti bagaimana taat sayang sebagai isteri abg..

Selesai segalanya, abang teman sayang sampai ke rumah.. Menunggu ketibaan waris-waris yang lain untuk melihat dan memberi penghormatan terakhir pada sayang..  Sebelum dibawa ke tanah perkuburan, abang bawa adi untuk lihat wajah sayang kali terakhir.. Dipeluk, dicium pipi kiri, pipi kanan dan dahi sayang.. Begitu juga abang buat perkara yang sama..

Dah 3 hari sayang pergi.. Bila rindu abang cium baju sayang, abang tengok barang-barang peninggalan sayang.. Paling abang sedih bila abang tonton video nyanyian sayang.. Mungkin sayang tahu satu masa nanti video nyanyian sayang tu akan jadi ubat pelepas rindu abang..

Abang kongsikan video ni kepada semua agar nama dan wajah sayang seorang wanita yang sentiasa kuat menghadapi segala ujian akan sentiasa segar di hati semua orang..

Sumber : Mohamad Khusyairi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.