Siakap Keli

(Video) Rakaman Menyayat Hati, Terjun Jambatan Bersama Anak, Orang Awam Menangis Kerana Gagal Pujuk

Tragis, apabila seorang ibu bertindak melompat terjun dari sebuah jambatan bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun dalam pelukan. Kejadian itu berlaku ketika perkhidmatan kecemasan cuba memujuk wanita itu dari terjun.

Video mengerikan yang sempat dirakam oleh orang awam dari jambatan itu menunjukkan detik-detik terakhir wanita itu sebelum terjun sewaktu polis dan orang ramai memujuknya untuk tidak membuat tindakan tersebut.

Jessy Paola Moreno Cruz, 32, dan anaknya May Ceballos dikenal pasti selepas kejadian tragis yang mengejutkan penduduk di Ibague, Colombia.

Difahamkan, wanita berkenaan bersama anaknya dikatakan menjadi gelandangan selepas dihalau keluar dari rumah kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar sewa, lapor media tempatan.

Rakaman menyayat hati yang tersebar meluas itu menunjukkan si ibu mengendahkan pujukan polis dan terus terjun.

Malah, seorang pegawai turut didengar berkata ”Ya Tuhanku, dia dah terjun” manakala seorang lagi anggota dilihat terus terduduk kerana tidak dapat menahan rasa sedih di atas apa yang berlaku.

Polis dan orang ramai yang terkejut dilihat menangis dan menenangkan satu sama lain selepas kejadian tragis itu.

Seorang anggota bomba, Rafel Rico, memberitahu media tempatan: “Mereka merayu kepadanya untuk tidak berbuat demikian dan cuba meyakinkannya untuk berhenti tetapi sedihnya dia mengambil keputusan yang membawa maut.”

Tambah Rico, pihak berkuasa tempatan masih berusaha mencari mayat kedua-dua beranak itu.

Wanita itu dilaporkan mempunyai masalah kewangan dan baru-baru ini telah dihalau dari rumahnya.

Datuk Bandar Ibague, Guillermo Alfonso Jaramillo memberitahu wartawan: “Insiden ini mempunyai kaitan dengan keadaan teruk yang kini sedang kita hadapi di Ibague dan seluruh Colombia.”

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.