Siakap Keli

Identiti Wanita Bertudung Dalam Video Latihan Kelab Liverpool Dijejak Netizen

Sebelum ini tular video latihan pasukan Liverpool menyaksikan seorang wanita bertudung membuat pemeriksaan keatas Joe Gomez dalam minit 5.10 saat video tersebut.

Rata-rata netizen cuba menjejaki latar belakang wanita berkenaan dan ternyata, beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran sebagai Doktor Falsafah PHD dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

 

Aleah Mohammad memulakan pengajiannya di sana pada tahun 2015 dan mula terlibat dalam ujian saringan kelab terkenal dunia itu.

Kehadiran Aleah dalam video belakang tabir itu yang mendapat tontonan lebih 2 juta mendapat pujian rakyat Malaysia yang berbangga dengan pencapaian beliau berpeluang melibatkan diri sebagai pegawai perubatan bagi pasukan bola sepak berkenaan.

Sumber: Malay Speaking Circle Liverpool, Liverpool FC

Nur Farra