Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Siapa Nama Mama Saya?” Remaja Sekolah Hampir Kena Culik Di Melawati, Lelaki Mengaku Diupah Ibu Ambil Balik Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peningkatan kes penculikan di negara ini dilaporkan pada tahap yang membimbangkan.  Mengikut data yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014- 2018, seramai 732 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak ditemui.

Menurut laporan, sebanyak 4 kes penculikan dilaporkan setiap hari melibatkan kanak-kanak dan remaja.  Terbaru, perkongsian daripada pemilik akaun Twitter, Aina mendakwa sepupunya hampir diculik oleh seorang lelaki yang memberitahu dirinya diupah oleh ibunya sendiri untuk mengambil balik dari sekolah di Taman Melawati.

Menerusi laporan yang dibuat pada 6 Februari lalu, kejadian berlaku pada 31 Januari di belakang pagar sekolah ketika sedang menunggu ibunya.  Kedatangan seorang lelaki yang mendakwa dirinya diupah untuk mengambilnya seakan meragukan apabila lelaki tersebut tidak dapat menjawab pertanyaan yang ditanya.

“Siapa nama mama saya?”

Lelaki tersebut kemudian melepaskan beg sekolah yang diambil daripada pelajar terbabit dan beredar pergi.

Sumber: Twitter Aina

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di