Siakap Keli

Anjing Jadi Hero, Kena Tikam Di Kepala Ketika Selamatkan Tuannya Dari Penyamun

Seekor anjing mendapat kecederaan parah selepas ditikam pada bahagian kepala ketika cubaan haiwan tersebut menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa samun, dalam kejadian yang berlaku di Afrika Selatan.

Menurut Gene Wensel, 40, ketika kejadian dia membawa anjing baka German Shepherd yang diberi nama Duke keluar bersiar-siar sebelum dihampiri seorang lelaki yang bersenjatakan pisau.

Ketika itu, Duke bertindak mempertahankan Wensel dengan berhadapan dengan penyamun tersebut sambil menyalak kearahnya. Duke juga kemudian bertindak menerkam lelaki berkenaan dan bergelut dengannya. Malang bagi Duke, suspek yang bersenjatakan pisau telah menyeram kembali lalu menikam pada bahagian kepala haiwan berani tersebut.

Bagaimanapun, dalam keadaan pisau terbenam melepasi tengkorak kepalanya, Duke tidak mengalah sebaliknya bertindak mengejar dan menghalau suspek daripada lokasi kejadian. Namun, Duke akhirnya rebah jua ke tanah dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Wensel pada awalnya menyangka Duke telahpun mati sebelum pemeriksaan dibuatnya menyedari anjing tersebut masih lagi bernyawa. Wensel kemudian menghubungi rakannya untuk membantu membawa Duke ke hospital haiwan.

Mujurlah, tindakkan pantas Wensel berjaya membalas budi Duke apabila Duke berjaya diselamatkan oleh petugas kesihatan di hospital tersebut.

”Duke mengalami kecederaan luka yang parah dan kami yakin serangan berkenaan bertujuan untuk membunuhnya. Duke sebenarnya berada dalam keadaan kritikal dan hampir kehilangan nyawa.

”Anjing ini pengsan dan kami memberi suntikan ubat tahan sakit sebelum menjalankan imbasan X-ray kerana khuatir tusukan itu mencederakan bahagian otaknya.

”Imbasan menunjukkan pisau terbenam sebanyak tiga inci di dalam kepalanya, namun terselamat apabila pisau tersebut membengkok. Bahagian otak Duke hanya terpisah beberapa milimeter sahaja daripada pisau tersebut. Bagaimanapun tusukan berkenaan mengenai bahagian soket matanya.

”Ajaibnya, Duke hanya mengambil masa sehari untuk kembali cergas dan bergerak,” kata jurucakap hospital haiwan tersebut.

Wensel nyata bersyukur dan terhutang budi dengan Duke kerana telah menyelamatkannya.

”Kini saya tahu bahawa Duke tidak akan membenarkan sesiapa pun mencederakan saya”.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.