Siakap Keli

Gigihnya Belajar, Profesor Ini Miliki Lebih 100 Gulung Ijazah Sarjana Yang Diiktiraf

Ketika ini antara isu hangat dalam negara adalah isu membabitkan taraf pendidikan atau ijazah segelintir pemimpin-pemimpin yang dipertikaikan ketulenannya.

Namun begitu, ada seorang individu yang harus anda beri tunduk hormat kepada seorang individu kerana dedikasinya dalam menuntut ilmu membolehkan beliau memiliki bukan satu atau dua, sebaliknya 145 ijazah akademik dalam pelbagai bidang. Paling penting, kesemua ijazah-ijazah ini diiktiraf oleh pihak yang berwajib.

Professor VN Parthiban, 59, berasal daripada Chennai ini mungkin menjadi individu yang mempunyai kelayakkan akademik paling banyak di dunia. Semua ijazah-ijazah ini diperolehi hasil pengorbanan beliau menuntut ilmu lebih daripada 30 tahun.

”Saya sangat menikmati proses menuntut ilmu. Ianya langsung tidak susah. Proses menuntut ilmu dari satu bidang ke satu bidang yang lain berjalan sepanjang masa.

”Ketika saya sedang menduduki peperiksaan untuk subjek semasa, saya sudahpun memulakan pembelajaran untuk subjek yang lain,’‘ katanya.

Kerana kegigihannya, hampir semua pemeriksa kertas peperiksaan mengenali diri beliau hanya dengan melihat muka dan nama yang ditinggalkan pada kertas jawapan.

Malah, beliau turut berkongsi kisah lucu dimana telah tersilap mengulan kaji subjek berbeza untuk peperiksaan yang berbeza selain tersilap dewan peperiksaan kerana tidak dapat mengingati dengan tepat lokasi peperiksaan mengikut subjek dijalankan.

”Saya menghadapi kesukaran untuk menyudahkan pengajian ijazah pertama saya dan turut sukar untuk mendapatkan pekerjaan pertama dalam dunia perundangan,’‘ katanya yang mengakui Matematik adalah satu-satunya subjek yang tidak digemarinya.

Menurutnya lagi, beliau memilih jurusan yang tidak memerlukan pemindahan kredit. Ini membolehkannya untuk memberi tumpuan kepada pelbagai jurusan dalam satu-satu masa.

Antara pencapaian akademik yang dimiliknya termasuklah 3 ijazah (Master) dalam bidang Sains, 8 ijazah dalam bidang Undang-undang, 8 ijazah dalam bidang Perdagangan, 9 ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, 10 ijazah dalam bidang Keseniaan dan memiliki 12 kertas penyelidikan dalam pelbagai bidang.

Walaupun berhajat untuk memiliki lebih banyak ijazah, namun faktor usia dan kekuatan memori selain kekangan masa membuatnya melupakan impian tersebut.

Beliau kini meluangkan mangsa menjadi tenaga pengajar disamping membesarkan dua orang anaknya, yang turut menunjukkan minat mendalam dalam menuntut ilmu. Bahkan isterinya juga bukan calang-calang wanita apabila turut memiliki 9 ijazah.

Sumber: Oddity Central, India Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.