Siakap Keli

Ini Sebab Pelajar Wajib Beli Laptop Dengan Storan Lebih Besar Dan Prestasi Lebih Pantas

Sebagai seorang pelajar, memiliki sebuah komputer riba sudah menjadi satu keperluan untuk memudahkan anda menyelesaikan tugasan yang diberikan. Di zaman dunia di hujung jari ini, pelajar hanya perlu mengakses maklumat melalui komputer riba sahaja.

Namun, memiliki laptop sahaja tidak cukup. Anda sebagai pelajar perlu memilih model dan jenama komputer riba yang berkualiti serta memiliki storan dan prestasi yang lebih pantas. Tidak banyak jenama komputer riba yang mampu memberikan anda storan yang besar dan prestasi yang terbaik dengan harga yang berpatutan untuk dimiliki.

1.Storan Yang Lebih Besar

Jika anda memilih telefon pintar, pasti anda melihat ruang storan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Sama juga seperti komputer riba, sebagai pelajar sudah pasti anda perlu menyimpan fail-fail bersaiz besar dana sangat sukar jika komputer riba anda tidak mampu untuk menampung dokumen dan gambar-gambar yang anda ingin simpan.

Huawei melancarkan komputer riba model terbaru iaitu Huawei Matebook D yang sangat sesuai untuk kegunaan pelajar masa kini. Huawei Matebook D ini didatangkan dengan 256 GB SSD yang boleh menyimpan pelbagai jenis fail dan gambar untuk tugasan harian anda.

2. Prestasi Laptop Yang Pantas

Sebagai seorang pelajar tekanan sudah pasti ada dalam mengharungi setiap semester. Prestasi laptop yang pantas juga memainkan peranan penting untuk tidak menambah tekanan yang sedia ada. Jadi, memiliki laptop yang berprestasi terkini dan pantas sangat penting untuk melancarkan tugasan harian anda tanpa masalah laptop hang dan sebagainya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Huawei Matebook D hadir dengan 8th Generation Intel® Core™ i5-8250U processor untuk memberikan anda prestasi laptop yang lebih pantas dan menepati ciri-ciri terkini sebuah komputer riba. Huawei Matebook D juga dilengkapi dengan RAM sebesar 8 GB.

 

3. Tidak Perlu External Hard Disk Lagi

via GIPHY

Jika storan laptop lama anda sudah penuh, pasti external hard disk jalan penyelesaian terakhir yang terpaksa dipilih. Anda terpaksa memindahkan fail-fail penting dan mengambil masa yang agak lama untuk memindahkan fail tersebut. Kadang-kala, external hard disk banyak memberi masalah seperti kabel rosak, dijangkiti virus dan banyak lagi.

Dengan SSD sehingga 256 GB anda tidak perlu membawa external hard disk dan cukup sekadar membawa Huawei Matebook D sahaja. Ruang storan yang sangat besar yang mampu menyimpan lebih 10,000 keping gambar dan pelbagai jenis fail sudah pasti memudakan kerja anda di kelas.

4. Pindah Gambar Dari Telefon Pintar Ke Laptop

Sesetengah pelajar kadang-kala mengalami masalah untuk memindahkan gambar, video atau fail dari telefon pintar ke laptop mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Dulu anda terpaksa meminjam thumb drive dari kawan-kawan untuk membuat pemindahan fail.

Huawei telah memperkenalkan satu perisian yang dikenali sebagau Huawei Share di semua produk mereka. Huawei Share satu perisian yang memudahkan anda memindahkan fail-fail penting dari telefon pintar ke laptop dengan sekelip mata sahaja. Anda boleh memindahkan sehingga 1000 keping gambar dan hanya mengambil masa 3 minit dan hanya 1 minit untuk pemindahan bersaiz 1 GB. Ini telah terbukti 100 kali lebih pantas dari Bluetooth.

Untuk pakej yang lengkap, Huawei menyarankan pelajar memiliki Huawei Matebook D dan keluaran terbaru Huawei Nova 4 untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan fail dari telefon pintar ke Laptop anda. Huawei Nova 4 yang dilengkapi GPU Turbo sangat sesuai dengan pelajar masa kini yang gemar mengisi masa lapang bermain permainan video mobile seperti PUBG dan Mobile Legends.

 

5. Tak Perlu Bawa Pengecas Yang Berat

Selalunya, Laptop akan dibekalkan dengan pengecas yang berat. Laptop itu snediri dah berat ditambah lagi dengan berat pengecas. Pelajar akan mengalami kesukaran untuk membawa barang-barang yang berat sepanjang hari di kolej.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Huawei Matebook D didatangkan dengan Pocket Charger yang hanya seberat 155g sahaja. Size Huawei Matebook D yang Ultra-Slim dengan berat sekitar 1.47kg sahaja dan anda hanya perlu membawa Matebook D dan Pocket Charger kurang dari 2kg sahaja sepanjang hari. Sangat ringan dan tidak membebankan anda.

Huawei Matebook D sememangnya sebuah komputer riba yang sangat menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang pelajar. Storan yang besar, prestasi yang pantas serta rekaan Ultra-Slim yang ringan sangat berbaloi untuk anda milikinya hari ini. Harga juga menepati dengan teknologi yang dilengkapi dalam Huawei Matebook D.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook  rasmi Huawei dan untuk mendapatkan Huawei Matebook D anda hanya perlu klik disini Huawei Matebook D  atau boleh dapatkannya di portal SenQ.



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)