Siakap Keli

Perkahwinan Tersingkat Di Kuwait, Pasangan Pengantin Bercerai Hanya Selepas Tiga Minit Dikahwinkan

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah dan ingin dijalani seumur hidup bersama pasangan yang kita cintai. Tetapi berlainan dengan pasangan di Kuwait apabila mereka memutuskan untuk berpisah selepas tiga minit dikahwinkan.

Insiden berlaku di sebuah Mahkamah di Kuwait apabila pengantin perempuan meminta hakim untuk membubarkan pernikahannya sebelum sempat melangkah keluar dari ruang pernikahan mereka di dalam mahkamah tersebut.

Semua itu berlaku apabila pengantin lelaki dipercayai mengeluarkan kata-kata berbaur makian kepada isterinya ahnya kerana tersadung ketika berjalan keluar dari mahkamah.

Menurut laporan tempatan, pengantin lelaki menggelar isteriny ‘bodoh’ kerana tersadung.

Wanita tersebut dikatakan menjadi sangat marah dan meminta hakim untuk membubarkan perkahwinan mereka secepatnya.

Para hakim yang berada di tempat kejadian bersetuju dengan permintaan wanita tersebut sekali gus mencatatkan sejarah perkahwinan paling singkat di negara tersebut.

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar