Siakap Keli
Tired and stress business people concept. A stressed Asian business woman looks tired in her office. Beautiful Asia female model in her 20s

Siapa Sangka Masalah Berat Badan Isteri Berpunca Dari Stress Kronik, Ini Penjelasannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti kebiasaan yang kita dengar, perkara yang berlaku sebelum kahwin pasti akan berubah dan berbeza apabila selepas berumah tangga. Tak kisahlah dari segi mental atau fizikal seseorang itu.

Antara yang sering kita dengar ialah perubahan fizikal pasangan selepas berkahwin. Ramai yang beranggapan bahawa perubahan tersebut berlaku berikutan masing-masing sibuk dengan urusan rumah tangga hingga tidak ada masa untuk menjaga diri.

Tetapi, siapa sangka sebenarnya masalah berat badan terutamanya boleh berlaku disebabkan stress kronik yang dialami.

Dalam perkongsian kali ini, Mohd Fhais melalui penulisan di laman Facebooknya, berkongsi mengenai keburukan stress kronik yang dihidapi para isteri khususnya.

Nak tahu lebih lanjut?

Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Image result for stress

Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stress yang kronik

Sebab stress yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang ( Imbalanced hormone )

Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.

Related image

Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.

Makin stress jadi makin montel !

Bila isteri kita mengalami stress yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.

Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti ;

1. Kesukaran untuk tidur
2. Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas
3. Kulit kering dan kusam
4. Senang berpeluh
5. Tekanan darah tak stabil

Image result for sick wife
6. Selera makan naik atau kurang tanpa sebab
7. Rasa resah & bimbang ( anxiety )
8. Selalu rasa terlalu letih
9. Sakit kepala
10. Kemurungan ( depression )
11. Ada bonjol di leher tiba-tiba

Banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling utama.

Image result for stress

Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.

Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stress yang paling berkesan buat wanita.

Nak isteri cantik menawan luaran kita kena jaga dulu dalaman dia. Jaga hormon, jaga emosi dan jaga pemakanan. Baru isteri kita sihat dan menawan setiap hari.Selami emosi isteri nescaya emosi kita pun stabil

p/s : Post ini halal untuk dikongsikan dengan orang lain ya.

p/s : Jom dapatkan ilmu kenali emosi isteri kita di telegram saya, saya kongsi setiap hari percuma je.
Join sini 👉 t.me/CoretanFhais

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar