Siakap Keli

‘Bersuamikan’ Patung Zombi Kesayangan, Wanita Ini Akui Hidupnya Lebih Bahagia

Seorang wanita berusia 20 tahun mengakui dirinya lebih bahagia setelah berkahwin dengan patung zombi kesayangannya pada Ogos tahun lalu.

Felicity Kadlec, mengesahkan hidup mereka kini lebih sempurna selepas mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kelly Rossi yang dikatakan berusia 37 tahun dihadapan beberapa koleksi patung zombinya yang lain.

Perkahwinan mereka diadakan di sebuah lokasi dekat Tiverton, Rhode Island, Amerika Syarikat yang dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan dan patung-patung zombi milik Felicity.

Menurut Felicity, minatnya terhadap patung zombi mula berkembang selepas mendiang ayahnya menghadiahkan patung Kelly kepadanya sewaktu usianya 13 tahun.

“Setelah beberapa tahun hidup bersama, saya mula menyimpan perasaan terhadap Kelly dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. 

Menurutnya juga, semenjak ayahnya meninggal dunia, hubungannya dengan Kelly semakin rapat berikutan dia berasa tenang dan selamat di samping patung tersebut.

Sumber: MirrorUk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar