Membuat persiapan untuk melahirkan bukanlah semata-mata membeli barang kelengkapan ibu dan bayi tetapi juga persiapan mental dan fizikal terutamanya untuk mereka yang bersalin buat pertama kalinya.
Jika cakap pasal bersalin, yang paling ngeri dan dirisaukan adalah koyakkan vagina. Ini kerana, hampir 99 peratus wanita yang bersalin normal pasti melalui situasi ini.
Dr Muhammad Izzat melalui Twitter miliknya menjelaskan beberapa jenis koyakkan bersalin yang biasa terjadi kepada para bakal ibu. Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.
“Nah doktor, amek mesin jahit ni, tolong jahit bini saya elok-elok ye!” pic.twitter.com/nMEfK4KGyZ
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis
Tahap 1 – luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Tahap 2 – luka melibatkan otot dalam, tapi tapi tak melibatkan otot injap pada lubang dubur
Tahap 3 – bila luka dah melibatkan koyakkan otot injap dubur ( sama ada external atau internal sphincter )
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Tahap 4 – luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam ( anorectal mucosa )
Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka tu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Cuma yang susah-susah tu, misi akan roger Doktor la untuk menjahitnya. Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ni dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak kat situ. Kalau tak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar kat luka, lambat baik, dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so pesakit akan bertenang dan relaks.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Otot-otot dubur yang koyak tu pun akan kurang regang maka proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Takdeler insiden tendang menendang doktor masa menjahit tu kan?
Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit tu.— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj tu nampak seperti asal sebelum koyakan tu bersalin.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi jugak bius, tapi bius ni namanya bius setempat ( bius dicucuk pada tempat koyak tu sebelum dijahit ), takda ler jahit hidup-hidup. Tipu sangat!
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan – tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Asalkan perineum itu bercantum semula, dan nampak luaran macam faraj/vagina dah lebih dari cukup, kalau nampak macam muka anak si bahenol yang perempuan tu, dah lain cerita tu.
— Dr. Izzat (@muhammadeizat) February 11, 2019
Sumber: Dr Muhammad Izzat