Siakap Keli

Pakar Beri Amaran Wabak Rubella Jepun, Kadar Jangkitan Paling Tinggi Dalam 10 Tahun

Pakar memberi amaran mengenai wabak besar rubella atau campak Jerman di Jepun tahun ini dengan lebih daripada 300 kes jangkitan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di seluruh negara, jumlah kes rubella berjumlah lebih daripada 2,900 tahun lepas. Ia menunjukkan nombor kedua tertinggi dalam kira-kira sedekad.

Sehingga 3 Februari tahun ini, 367 kes rubella dilaporkan. Lebih dari 60 peratus daripadanya berada di Tokyo dan wilayah sekitar.

Bagi wanita hamil yang dijangkiti rubella semasa mengandung, bayi mereka boleh dilahirkan dengan gangguan visual, pendengaran atau jantung.

Menurut Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan, wabak ini cenderung bertahan selama beberapa tahun, dan dijangkakan akan banyak lagi kes mendatang.

Institut Kesihatan menasihatkan wanita untuk mendapatkan dua vaksin sebelum kehamilan mereka. Dalam pada itu, kerajaan juga membekalkan vaksin secara percuma.

Pada bulan Disember, kerajaan memutuskan untuk melancarkan program selama tiga tahun memberi vaksinasi percuma kepada lelaki berumur 39 hingga 56 tahun. Kumpulan itu tidak menerima vaksin rubella pada masa kanak-kanak mereka dan mewakili sebahagian besar kes yang dilaporkan tahun lepas.

Sumber: NHK WORLD JAPAN

Nur Farra