Siakap Keli

Pemilik Animasi Si Nopal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Perkataan ”Bahenol”

Animasi Si Nopal ketika ini menjadi trending terutamanya di Malaysia, biarpun animasi itu sebenarnya berasal daripada negara jiran, Indonesia.

Antara yang menyebabkan animasi berkenaan begitu popular ketika ini adalah berpunca daripada lagu-lagu lucu yang dinyanyikan oleh watak dalam animasi tersebut hingga mudah melekat dalam kepala pendengar.

Lebih dari itu, tampil beberapa individu dan juga personaliti yang membuat cover lagu berkenaan antaranya lagi Si Nopal dan Bahenol yang kemudiannya dikongsi di beberapa platform antaranya Youtube, Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun baru-baru ini, tampil seorang individu yang mendakwa bahawa perkataan Bahenol yang disebut di dalam lirik lagu berkenaan membawa maksud yang tidak baik.

Namun, pemilik animasi Si Nopal melalui perkongsian di laman Instagram tampil menjelaskan maksud sebenar Bahenol bagi menjernihkan keadaan.

Menurut si pemilik animasi tersebut, ramai yang bertanya mengenai maksud sebenar ‘Bahenol’ dan ‘Hiya Hiya’ yang disebut dalam aniamasi berkenaan.

Katanya, Bahenol membawa maksud badan gempal dan nama daripada ayahnya, Abah Haba atau disebut Bahenol.

Manakala ‘Hiya Hiya’ pula merupakan cara ketawa yang dipopularkan melalu akaunĀ Majelis Lucu di Youtube.

Pemilik animasi itu juga menyebut dalam IG Storynya bahawa perbezaaan daerah dan bahasa membuatkan sesetengah perkataan itu mempunyai maksud yang berbeza.

Sumber: Si Nopal

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.