Siakap Keli

”Tangan Busuk Sampai Isi Kulit Saya Nampak,” Derita Ekzema Gadis Ini Berakhir Setelah Dapatkan Rawatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penyakit ekzema merupakan masalah kulit terutamanya di bahagian jari tangan dan kaki yang menjadi kemerahan dan gatal. Jika tidak dirawat, pastinya akan menganggu rutin harian anda. Bayangkan berada dalam kesakitan hingga kulit berdarah, memang ngeri!

Pelbagai ubat dijual di pasaran bagi merawat penyakit ini. Bahkan, ada di antara rawatannya pula yang menelan belanja bukan sedikit, hingga mencecah ribuan ringgit. Tetapi, tidak berkesan dan ekzema kembali menyerang. Sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini pasti mengerti.

Merupakan seorang bekas pesakit ekzema yang telah sembuh, Puan Zaiazrien Akhmar telah berkongsi pengalaman pahitnya menghidap ekzema. Mujurlah, dia berjaya mendapatkan rawatan dari doktor pakar dan menggunakan ubat-ubatan yang sesuai hingga jari tangannya kembali sembuh. Ikuti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat buat anda.

Terpanggil untuk share tentang eczema memandangkan ramai tanya ubat apa pakai. Alhamdulilah makin ok sekarang.

Sebenarnya dah 6 bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin diakibatkan bahan kimia yang dari sedia maklum adalah daripada sabun.

Permulaan jadi macam bintik-bintik air gatal atau orang selalu pangil kulat air. Jadi masa tahu tu ingat gatal biasa sahaja and beli ubat dekat farmasi tapi makin lama makin teruk.

Lepas satu jari ke satu jari kena… disebabkan tak tahan sangat gatal pergi beberapa pakar kulit and doktor-doktor tetap tak elok… kulit terus jadi kering and merekah.

Jangan cakap kering je sampai berdarah nak drive nak basuh pinggan plus nak masak pon takda mood. Gatal dia ya Allah nauzubillah memang tak boleh tahan. Kos rawatan ke klinik pakar kulit bukan murah. Hampir 6 bulan ni cecah 2k berubat sahaja tapi tetap tak baik.

Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya try pergi hospital columbia yang ada pakar kulit terbaik area seremban and saya kena tahan ward selama 5 hari macam tu untuk dipantau supaya luka kat tangan tu kering plus tak berdarah macam biasa.

And Doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info pasal eczema dia terangkan and eczema ni ada banyak jenis. Dan saya ada lah jenis :

DYSHIDROTIK DERMITITIS

Tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan ditepi-tepi jari dan kaki. Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit. Dan biasanya kaum wanita lebih mendapat daripada kaum lelaki.

So korang yang alami benda yang sama yang nampak bintik air gatal mulai tumbuh dekat tangan atau kaki elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama oiiii.

Alhamdulillah feeling better now, and Dr Najeeb bagitahu eczema ni akan berulang kembali kalau kita tak jaga apa yang kita pegang apa yang kita sentuh and this is not about FOOD. Takda kena mengena makan sotong atau ayam ke udang ke eh…

Bawah ni saya tunjukkan prosedur perubatan Dr Najeeb dekat saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. Insyallah.

Masa ni tangan dah teruk gila. Tengah tunggu Dr Najeeb approve admitted. 

Nampak tak? Sampai isi kulit pon nampak. Bayangkan dia punya pedih macam mana. Teruk gila lepastu busuk tak payah nak cakap. Air-air dia keluar tu busuk.

Merekah-rekah tangan bukan 1 jari je tapi 5 jari kena. Nak thumprint cop jari pon dah tak boleh.

Ni sampai berdarah sebab dah merekah and kulit kering.

Hari 1- warded.

Hari 2- yang isi terkopek and merekah tu slow-slow baik.

Hari ke 2 – merah-merah masa ni baru lepas sapu cream.

Hari ke 3 – Tinggal mengelupas and dah tak gatal.

Hari ke 3- tengok yang gambar permulaan yang atas jari ni sampai terkopek kan? And lepas rawatan alhamdulillah mengelupas je.

Ni hari ke 5 warded alhamdulillahh yang kering tu semua dah baik.

Perbezaan before and after. Berbeza kan???

Ni antara ubat yang Dr Najeeb bagi…. antibiotic, anti redangan + lagi satu sumpah lupa.

Ada 3 unat yg drip direct masuk. Tapi dia punya pedih tu korang tahan laaa ya Allah aku fkir nak balik je time tu.

Ni antara ubat cream + washing foam untuk tangan. Cetaphil cleanser – untuk kerap basuh tangan and cuci tangan guna, Daivobet- cream untuk malam, Cloderm – untuk pagi, Ceradan – untuk petang.

Dr Najeeb Ahmad. The best skin doctor. Korang try lah. Semua jenis kulit boleh try.

Ni untuk ubat makan.

Sumber : Zaiazrien Akhmar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.