Siakap Keli

(Video) Aksi Berani Wanita Ini Masukkan Tangan Dalam Mulut Ikan Jerung Untuk Tanggalkan Mata Kail

Memancing adalah antara hobi yang digemari oleh ramai individu terutamanya dalam kalangan lelaki, tidak kiralah dari mana mereka berasal. Adrenalin yang dirasai tubuh setiap kali mata kail ditarik ikan memang sesuatu yang mengujakan si pemancing.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang mata kail yang tertanggal ataupun terkena pada ikan yang tak sepatutnya, seperti jerung dibiarkan begitu saja.

Mujurlah ada individu-individu bertanggungjawab yang rela mempertaruhkan keselamatan diri untuk menanggalkan mata kail yang terlekat pada bahagian mulut ikan jerung.

Salah seorang insan berani tersebut adalah wanita bernama Christiana Zenato yang menggunakan tangannya sendiri untuk menanggalkan mata kail tersebut.

Malah, kadang-kala ke Christiana bertindak memasukkan tangannya ke dalam mulut ikan jerung ketika menyelam semata-mata mahu menanggalkan mata kail yang terlekat di bahagian dalam. Satu tindakkan yang tidak mungkin ada individu lain sanggup lakukan.

Menurut Christiana, biasanya ikan jerung yang dibantu menjadi lebih mesra dan mudah didekati, mungkin sebagai ucapan terima kasih kepadanya.

”Ikan-ikan jerung ini menghampiri saya, seolah-olah haiwan perliharaan. Jerung-jerung ini datang dengan mata kail terlekat, saya tidak selesa untuk melihatnya.

”Namun begitu ia tidak semudah yang disangka. Saya perlu membina kepercayaan terlebih dahulu dengan jerung-jerung ini sebelum menanggalkan mata kalil tersebut,” katanya yang digelar sebagai doktor gigi ikan jerung.

Saksikan video penuh kisah Christiana menjadi penyelamat dan penjaga kepada ikan jerung malang ini di seluruh dunia.

Sumber: The Dodo

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.