Siakap Keli

Betul Ke A Banyak Dalam SPM Tu Tak Penting Macam ‘Cikgu’ Media Sosial Kata?

SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia wajib dihadapi oleh mana-mana pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej sama ada tempatan dan luar negara. Walaubagaimanapun, sesetengah daripada masyarakat kita menggangap bahawa A dalam SPM adalah bukan suatu keperluan melainkan hanya sebagai bonus. Selain itu, A dalam SPM juga hanya menjadi nilai tambah untuk memohon biasiswa.

Tetapi menurut pengguna laman sosial facebook Zamir Mohyedin (researcher of Solid-state Physics, UiTM) menolak dakwaan sesetengah masyarakat yang menganggap bahawa A dalam SPM adalah tidak penting. Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut akan membuatkan masyarakat menjadi malas untuk berusaha sehingga pada akhirnya menganggap pendidikan itu tidak penting. Dan lebih menakutkan apabila akan timbul pemahaman dalam masyarakat “belajar banyak A pun masih tak kaya”.

Beliau juga menambah pada tulisanya bahawa untuk kejar apa yang diminati perlulah dimulakan dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik. Keputusan yang baik itu tadi boleh digunakan untuk mendapatkan tempat yang bagus dan melayakkan individu untuk duduk dalam kelompok yang terbaik. Bagaimana kita boleh mencapai kejayaan jika kita mulakan perjalanan dengan membawa keputusan yang teruk? Sedangkan kepentingan ‘A’ itu sendiri telah menjadi pra-syarat untuk kejar banyak benda yang kita suka. Di samping kita tak menafikan ‘soft-skill’.

Selain itu, beliau juga menengaskan bahawa tidak mustahil untuk berjaya walaupun tidak membawa A yang banyak dalam SPM kerana ini juga bergantung kepada rezeki tetapi ini boleh menjadi asbab dan pemangkin untuk berjaya. Sebagai penutup, beliau menyatakan bahawa nilai A dalam SPM adalah salah satu alat untuk survive dalam dunia reality sekarang. You get a better chance, much better, if you get a good result.

Sumber: Zamir Mohyedin

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.