Siakap Keli

Pembedahan Buang Tonsil Tak Semestinya Jalan Penyelesaian Yang Terbaik, Ikuti Penjelasan Doktor Pakar Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tonsil bengkak dalam istilah perubatan dipanggil sebagai tonsilitis. Ia juga merujuk kepada keradangan tonsil. Kebanyakan kes tonsil bengkak disebabkan oleh jangkitan kuman. Majoriti daripada jangkitan kuman tersebut adalah terdiri daripada virus dan diikuti dengan jangkitan bakteria.

Jikalau sakit tekak biasa sahaja membuatkan kita menjadi sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan rutin harian berikutan rasa perit di bahagian tekak.

Tonsilitis selalunya akan berlaku kepada kanak-kanak dari usia prasekolah hingga usia pertengahan remaja. Kadang-kadang pada orang dewasa. Ia boleh dikelaskan sebagai tonsilitis akut, berulang dan kronik.

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dilakukan bagi penghidap tonsil seperti lakukan pencegahan awal bagi mengelakkan diserang penyakit itu, rawatan di rumah, berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tonsil lebih dari dua hari.

Selain itu, pesakit harus menghabiskan antibiotik yang diberi bagi merawat sakit tonsil selain jalan terakhir adalah melakukan pembedahan. Namun, menurut Dr Ezairy M.Sallih, pembedahan membuang tonsil bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Nak tahu penjelasan lebih lanjut? Ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat!

Image result for tonsil operation

Pembedahan membuang tonsil tidak semestinya penyelesaian terbaik!

1. Selama bertahun-tahun, tonsillectomy atau pembedahan membuang tonsil dilihat sebagai penyelesaian kepada jangkitan tonsillitis berulang dari kuman bakteria streptococcus.

2. Puluhan tahun yang lalu, pembedahan tonsillectomy memang dilakukan secara kerap. Walaubagaimanapun untuk tempoh masa sekarang, seseorang perlu mempunyai tujuh atau lapan jangkitan strep dalam tempoh satu hingga dua tahun untuk tonsillectomy menjadi pilihan yang terbaik untuk dilakukan.

Related image

3. Bahkan pesakit juga mungkin masih berisiko untuk mendapat jangkitan streptococcus selepas melakukan pembedahan tonsil mereka.

4. Selain itu, ada juga komplikasi dalam pembedahan ini. Apa apa surgeri mesti ada kesan sampingan dan risiko. Ia termasuk risiko anestesia dan prosedur itu sendiri boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan.

5. Dalam satu Penyelidikan baru-baru ini yang dilakukan kepada lebih dari 1 juta kanak-kanak mendapati terdapat risiko dan kesan sampingan kepada kesihatan pesakit untuk jangka masa panjang selepas melakukan pembedahan membuang tonsil atau adenoid.

Image result for adenoid

6. Organ dan tisu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi sistem imun kita. Menurut kajian, tonsillectomy dikaitkan dengan hampir tiga kali ganda risiko jangka masa panjang untuk untuk pesakit mengalami apa-apa penyakit di bahagian saluran pernafasan bahagian atas.

7. Pembedahan membuang adenoids juga dikaitkan dengan risiko hampir dua kali ganda untuk menyebabkan pesakit mengalami gangguan paru-paru obstruktif kronik di kemudian hari.

Jadi, jangan terburu-buru dalam setiap tindakan. Dapatkan nasihat doktor. Berbincang untuk kaedah rawatan terbaik.

Ya. Itu yang paling penting.

Rujukan : https://jamanetwork.com/…/jamaotol…/article-abstract/2683621

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar