Siakap Keli

Rakam Gambar Kahwin Dengan Van Jenazah, Netizen Puji Beri Kelainan

Lain orang lain citarasanya.  Biasa kita lihat pasangan pengantin memilik pemandangan berlatar belakangkan alam semulajadi, struktur binaan mahupun jalanan sebagai elemen mengabadikan gambar indah perkahwinan masing-masing.

Namun, media sosial baru-baru ini tular dengan gambar perkahwinan pasangan pengantin yang menjadikan van jenazah sebagai latar belakang sesi fotografi tersebut.

Menggunakan nama Facebook, Serah Mayat, pengantin lelaki merupakan seorang pemandu van jenazah dan kerjaya itu mungkin dijadikan sebagai elemen fotografi gambar perkahwinan mereka berdua.

Gambar tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata berpendapat ia merupakan idea unik dan lain daripada yang lain.

Antara ulasan netizen yang memuji dan mengagumi kelainan yang dibawa oleh pasangan ini mengabadikan momen indah pernikahan mereka dan tidak ketinggalan juga para kenalan yang mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua.

Sumber: Serah Mayat

Nur Farra