Siakap Keli

”Saya Lapar Cikgu, Tak Ada Duit”, Kisah Keluarga 4 Beradik Dibesarkan Ibu Tunggal Seorang Mualaf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika melihat di sekeliling, tidak dinafikan memang ramai individu-individu yang memiliki kehidupan yang senang-senang belaka.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa jika diperhatikan betul-betul, masih ada insan-insan yang menjalani kehidupan sukar dan memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh FisabilillahTRG ini mengenai perjuangan seorang mualaf yang juga ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak tetapi serba kekurangan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai saudara baru ini, jom baca perkongsian tersebut dibawah.

“Saya lapar cikgu tak ada duit, sudah 3 hari saya tak makan. Menangis cikgu itu sampai tidak keluar kata-kata”

Lepas habis sekolah cikgu pergi ke rumahnya tiada langsung makanan didalam rumahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Perkongsian dari Ahli team kami En Mohd Nazli Ismail meruntun jiwa kami semua untuk pergi sendiri melihat keadaan ini.

Alhamdulillah hari ini Team kami diberi peluang untuk menziarahi sendiri saudara mualaf ini bagi menghulurkan sedikit sumbangan dan kelengkapkan keperluan isi rumah yang dikumpul oleh Team FisabilillahTRG.

Selepas itu Pihak Sukarelawan Muallaf Maidam pula menziarahi keluarga ini, dan disebelah petang pula, keluarga ini diziarahi sendiri oleh Penasihat Team FisabilillahTRG iaitu Ustaz Azhar Idrus, yang dalam perjalanan menyampaikan Kuliah di Masjid Pinang Merah Paka.

Terima kasih buat ustaz kerana sudi meluangkan masa bersama keluarga ini.

Jutaan terima kasih juga kepada semua yang memberi sumbangan. Disini kami sertakan sedikit detail ringkas keluarga ini:

Puan Mardinah Dabe Martin

830806-12-xxxx

Ibu ini berumur 34 tahun dan menyara 4 orang anak yang berumur 12,10,7 dan 6 tahun. 2 orang anak bersekolah di SK Gong Pasir Dungun, manakala 2 lagi anak 7 tahun dan 6 tahun adalah (OKU).

Puan Mardinah tiada pendapatan tetap, dan hanya mendapat sumbangan dari bekas suami dan jiran-jiran.

Disini disertakan juga akaun:

CIMB 7049534798.

(Mardinah Dabe Martin)

Untuk sumbangan terus.

No untuk dihubungi 016-8014783

Beralamat di 6967 Blok 13, Fasa 1 Taman Rakyat Jaya, 23000 Dungun Terengganu.

Semoga Allah S.W.T memberkati hidup kita semua. InsyaAllah.

FisabilillahTRG

Sumber: FisabilillahTRG

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.