Siakap Keli

(Video) ”Cinta, Ambil Berat Dan Berkongsi, Ini Keluarga Saya,” Perkataan Sering ”Grandpa Kitchen” Sebut Ketika Masak Untuk Anak Yatim

Jika antara penggemar rancangan masakkan dan suka membelek video-video di youtube, anda mungkin pernah melihat akaun Grandpa Kitchen kan.

Grandpa Kitchen adalah sebuah rancangan masakkan yang memaparkan seorang warga emas memanfaatkan skill dan ilmunya dalam dunia masakkan untuk menyediakan juadah dalam skala besar sebelum diagihkan kepada anak-anak yatim di sekelilingnya.

Walaupun akaun Youtube berkenaan baru sahaja dilancarkan pada Ogos 2017, akaun Youtube berkenaan sudahpun berjaya mengumpul Subscriber lebih daripada 4 juta.

Seperti biasa dalam setiap video yang dimuat naik, Grandpa akan memulakan kerja amalnya dengan mantra yang berbunyi ”Cinta, ambil berat dan berkongsi. Ini adalah keluarga saya”.

Kemudian, Grandpa dengan kebolehan berbahasa Inggeris yang terhad akan cuba menerangkan bahan masakkan yang digunakannya kepada penonton.

Menariknya, biarpun sudah berusia dan kelihatan sudah tidak berdaya, Grandpa masih mampu menyediakan juadah dalam skala besar selian turut menggunakan peralatan memasak bersaiz mega.

Walaupun dapat dilihat dia mempunyai pembantu, namun dalam kebanyakkan masa pembantu-pembantu tersebut hanya membantu di belakang tabir.

Boleh dikatakan bahawa Grandpa memasak hampir segalanya, bermula daripada ubi kentang, telur, ayam, daging dan semuanya sebelum diedarkan kepada anak-anak yatim.

Setiap kanak-kanak yang menerima makanan daripada Grandpa pasti terukir senyuman di wajah mereka. Saksikan salah satu video dimana Grandpa menyediakan Pizza untuk anak-anak yatim ini.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=j2D65hbOmI0]

 

Manakala ini pula video terkini daripada Grandpa.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Z6gQqFNaNEU]

 

Sumber: Grandpa Kitchen

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.