Siakap Keli

24 Klinik 1 Malaysia Ditutup, Antaranya Disebabkan Kekurangan Pesakit

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, menegaskan bahawa penutupan 34 buah Klinik 1 Malaysia adalah berlandaskan kepada beberapa kriteria dan pertimbangan yang sewajarnya.

Pada masa sama, penutupannya didakwa tidak mempunyai kaitan dengan keselamatan pesakit di klinik komuniti berkenaan kerana Penolong Pengawai Perubatan (PPP) telah melakukan tugasan secara profesional.

Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah ini.

Penutupan 34 Klinik 1 Malaysia selepas menepati kriteria ditetapkan seperti kehadiran pesakit rendah (kurang 50 pesakit sehari) dan terdapat klinik kesihatan dalam lingkungan 5 km. 

Ia sama sekali tiada kaitan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan Penolong Pengawai Perubatan (PPP) yang selama ini profesional dalam menjalankan tanggung jawab. 

Perkhidmatan 293 KIM yang dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti dimantapkan dengan kemudahan pegawai perubatan dan pegawai farmasi (secara berperingkat di klinik terpilih) manakala 20 K1M dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan yang dilengkapi kemudahan lebih lengkap. 

Usaha KKM ini sejajar dengan sasaran yang menekankan aspek pencegahan.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.