Siakap Keli

(Video) Hobi Pelik, Wanita Selamba Makan Pelbagai Jenis Sabun Mandi Macam Ais Krim

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau untuk melaukan cucian. Umum mengetahui, kegunaan sabun adalah seperti yang dinyatakan, tetapi lain pula hal yang berlaku apabila ada yang menjadikan sabun sebagai makanan. Mungkin kedengaran agak pelik dan tidak masuk akal bagi kita, tetapi tidak bagi gadis ini.

Mendapat tontonan hingga mencecah ratusan ribu di instagram, gadis yang berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Khosik Assyifa dilihat selamba memakan sabun melalui video yang dirakamnya. Bukan satu, malah dia telah mencuba beberapa jenis sabun. Macam makan ais krim.

Perbuatannya itu telah mengudang perhatian ramai netizen termasuk di Malaysia. Ramai yang menyelar kerana bimbang hobi pelik itu boleh menjejaskan kesihatan atau menyebabkan keracunan. Tetapi tak kurang juga ramai yang terliur. Awas, jangan sesekali mencuba aksi ini seperti di rumah walau hanya niat suka-suka.

Sabun jenis LUX katanya paling enak dimakan.

View this post on Instagram

Enak banget 👍👍👍

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Sabun jenis Lifebuoy rasanya lazat.

View this post on Instagram

Sabun lifebuoy…

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Sabun jenis GIV, dah macam makan ais krim pun ada.

Sumber : khosikmubarok

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.