Siakap Keli
Photography by #teamtanner

(Video)Menakjubkan, Jurugambar Kongsi Foto Fenomena Tiang Cahaya Yang Jarang-Jarang Berlaku

Keanehan yang menakjubkan. Itulah yang berlaku di Kanada apabila seorang jurugambar berjaya merakam beberapa keping gambar fenomena tiang cahaya di Alberta.

Darlene Tanner pada Ahad lepas meluangkan masa di kawasan tersebut yang diseliputi ais dan salji untuk memburu fenomena cahaya indah yang jarang-jarang berlaku tersebut.

Photography by #teamtanner

Telahan Tanner tepat, apabila dia bertemu dengan cahaya yang berdiri tegak seolah-olah tiang terapung dari langit ke Bumi.

Menurut Tanner, dia sudahpun memburu fenomena cahaya ini sejak empat tahun lepas.

”Saya mendapat tahu bahawa suhu diantara -12 hingga -13 darjah celcius, atau lebih sejuk adalah waktu yang sesuai untuk melihat fenomena cahaya ini terjadi. 

Photography by #teamtanner

”Kristal ais perlu ada di udara dan tiang cahaya akan kelihatan,” katanya.

Beberapa keping gambar yang dikongsi Tanner kemudian menjadi tular di media sosial dengan netizen turut melahirkan rasa kagum dengan kecantikkan tiang cahaya tersebut.

Photography by #teamtanner
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=O0GEfq2J2K8]

 

Sumber: Global News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.