Siakap Keli

Lucu Bila Si Ayah Perlukan 15 Minit Untuk Bezakan Anak Kembarnya Yang Sudah Berusia 3 Tahun

Memiliki anak kembar mungkin impian sesetengah pasangan yang berkahwin. Keletah anak kembar kadang-kala lucu dan memberi cabaran yang tersendiri kepada ibu-bapa.

Salah satunya adalah ibu-bapa seringkali keliru untuk membezakan anak-anak mereka. Tambah-tambah jika anak kembar itu adalah kembar seiras, seperti kisah lucu yang dilalui oleh seorang ayah yang dikongsikan di facebook Father Of Daughters.

Semuanya gara-gara si ibu kepada pasangan kembar ini, Ottie dan Dellilah telah memakaikan pasangan ini baju yang hampir sama, cumba dibezakan warna tetapi gaya solek yang sama.

”Saya fikir saya sudah pun memahaminya. Saya fikir hari untuk saya merujuk anak saya sebagai ‘ini dia’, ‘itu dia’ dan ‘kembar itu’ sudah berakhir. Saya sudah mampu menjadi seorang ayah mampu membezakan antara anak saya dengan genetik sama seperti ini.

”Tetapi saya silap. Terima kasih kepada siibu yang memakaikan pakaian seolah-olah pantulan cermin antara satu sama lain,” katanya.

Si ayah memaklumkan dia mengambil masa selama 15 minit untuk membezakan pasangan kembar tersebut. Malah lebih memeningkan, apabila dipanggil nama, tiada respon yang diberi oleh kedua-dua anaknya.

”Saya mempertimbangkan untuk membotakkan kepala salah seorang daripada mereka. Keperluan untuk mengenali anak saya sendiri adalah lebih utama,” katanya berjenaka.

Sumber: Father Of Daughters

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.