Siakap Keli

Tragis, Wanita Sempat Titip Pesan Terakhir Buat Suami Di WhatsApp Sebelum Gantung Diri

Tragis, apabila seorang wanita mengambil keputusan mengakhiri riwayat hidupnya dengan membunuh diri.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun ditemui mati tergantung di bilik tidur di kediamannya di Sungai Paret, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia pada 7 Februari lalu.

Sebelum kejadian, wanita tersebut sempat meninggalkan pesanan terakhir melalui status yang dimuatnaik di aplikasi WhatsApp bahawa dia akan mengakhiri hidupnya.

Malah, dia juga meminta maaf kepada semua ahli keluarganya dan meminta mereka menjaga anaknya.

Menurut jurucakap polis, Iptu Iswanto berkata, beberapa hari sebelum kejadian, wanita tersebut dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.

Pertengkaran itu terjadi gara-gara lelaki itu memarahi dan melarang isterinya kerana sering dilihat kerap melayari Facebook.

Setelah itu, pasangan terbabit tidak bertegur sapa lagi sebelum wanita itu ditemui mati tergantung di dalam bilik mereka.

Menurut suaminya, pada jam 12.30 petang hari kejadian, dia yang berada di rumah sempat membaca status WhatsApp isterinya itu tetapi tidak terfikir yang isterinya sama sekali sanggup mengambil keputusan membunuh diri.

“Saya mengetuk pintu bilik dan dia membukanya. Saya kata mahu ambil barang. Ketika keluar dari bilik, dia kembali mengunci pintu.

“Saya beritahu padanya agar jangan mengunci pintu kerana saya akan pulang semula,” katanya.

Dia yang bergegas ke tempat kerja dan pulang semula ke rumah pada jam 3.30 petang, mengetuk pintu bilik tetapi tidak dibuka. Dia kemudiannya mengintai dari tingkap tetapi gagal kerana ditutupi langsir.

”Saya terpaksa pecahkan pintu dan terkejut apabila melihat isteri ketika itu berada dalam keadaan tergantung tidak bernyawa,” katanya sambil menangis.

Sementara itu, ibu wanita berkenaan yang datang ke lokasi kejadian didapati menangis histeria sambil memeluk menantunya itu kerana tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian.

Difahamkan, wanita berkenaan menggunakan tong cat untuk berpijak dan menggantung lehernya pada tali.

Mayatnya telah diturunkan oleh anggota penyelamat dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halamannya.

Sumber : Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.