Siakap Keli

(Video)Muncung Pesawat Menjunam Dua Kali, Penumpang Lalui Detik Cemas Pada Ketinggian 34 Ribu Kaki

Penumpang pesawat Delta Flight menuju ke Washington daripada California, Rabu lepas berhadapan dengan detik-detik cemas apabila pesawat berhadapan dengan turbulan di udara sehingga muncung pesawat dilaporkan menjunam dua kali, lapor Dailymail.

Akibat kejadian yang berlaku pada ketinggian 34,000 kaki itu, penerbangan 5763 terpaksa mendarat cemas di Nevada.

Menurut laporan Dailymail lagi, dipercayai seramai 5 orang penumpang mengalami kecederaan selepas terkena hentakkan bagasi penumpang yang melambung ketika kejadian berlaku.

Beberapa video selepas kejadian ketika pesawat selamat mendarat menunjukkan suasana tidak teratur di dalam kabin pesawat berkenaan.

Dapat dilihat dengan jelas kesan percikan air minuman yang turut terkena pada bahagian bumbung kabin, termasuklah barang peribadi penumpang yang bersepah di atas lantai.

Ketika kejdian, pesawat berkenaan membawa seramai 59 penumpang dan 4 kru penerbangan.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.