Siakap Keli

(Video) Dakwa Dengar ‘Suara’ Suruh Bunuh, Penunggang Motosikal Ikat, Heret Bangkai Kucing

Satu rakaman video menyaksikan seekor anak kucing tak berdaya diikat tali lalu diheret menaiki motosikal tular di laman media sosial beberapa hari ini.  Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan dua orang lelaki menunggang motosikal dengan sengaja mengheret haiwan berkenaan.

Rakaman itu walau bagaimanapun mendapat kecaman rata-rata netizen yang dianggap kejam dan menyiksa binatang.

Menurut laporan media, pelaku merupakan penduduk daripada wilayah Pekalongan, Jawa Tengah.

Bagaimanapun hal ini telah mendapat perhatian polis dan identiti kedua-dua suspek telah dikenal pasti.

Siasatan mendapati bahawa suspek telah memukul kucing sehingga mati sebelum bertindak mengheret bangkai haiwan terbabit dengan motosikal.

Sebelum itu, suspek turut mendakwa mendengar ‘suara’ yang menyuruhnya melakukan ‘pembunuhan’ itu sebelum mengikat dan mengheret bangkai kucing sambil menunggang motosikal.

Sumber: News Detik

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di