Siakap Keli

8 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Laptop Yang Bersesuaian Untuk Pelajar

Kalau bercerita bab laptop mana yang patut dibeli mungkin sedikit sukar untuk diperkatakan. Tengok saja dipasaran, bermacam-macam model dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Bagi pelajar pula, ada yang mahukan laptop sekadar untuk membuat tugasan disamping melayari internet. Ada juga yang mahukan komputer yang lebih dari itu. Jadi sebelum mengeluarkan sejumlah duit, mungkin korang boleh lihat apa faktor atau perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli laptop.

1. Kenali dahulu sistem operasi yang dimahukan (Windows 10, MacOS atau ChromeOS)

Kalau korang ke kedai, mungkin ada tiga jenis sistem operasi yang ditawarkan. Kebanyakkannya pastilah dari Microsoft iaitu Windows 10, atau jika memilih produk Apple, korang akan dapat MacOS atau sistem operasi yang mungkin sesetengah dari anda kurang maklum, ChromeOS.

  • Windows 10 – Dibangunkan oleh Microsoft dan ia mengambil alih kedudukan Windows 7 sebagai sistem paling popular diseluruh dunia. Banyak perisian serasi digunakan dengan sistem operasi ni. Kemaskini yang akan datang juga ada menjanjikan penambahbaikan daripada ciri sedia ada macam Hub untuk aplikasi Office, Intelligent Actice Hours untuk ciri Windows Update yang tak menyusahkan pengguna dan beberapa lagi.
  • MacOS – Kesemua komputer jenama Apple didatangkan sistem operasinya yang tersendiri. Paling terkini adalah MacOS Mojave. Kalau korang sudah biasa guna Windows, minggu pertama guna MacOS mungkin agak kekok sedikit tetapi dirasakan sistemnya lebih mesra pengguna.
  • ChromeOS – Sistem ni dibangunkan oleh Google dan ia berasaskan pelayar web Chrome. Lebih sesuai untuk tugasan-tugasan ringan.

2. Saiz laptop

Kredit foto: Laptop Screen

Salah satu faktor penting bagi sesetengah orang. Dari ukuran 11.6 inci hinggalah sebesar 17.3 inci. Kebanyakkan jenama terkenal menyediakan laptop dengan saiz 13 inci hingga ke 17 inci.

Jika korang jenis yang melakukan kerja dibanyak tempat, 13 inci sangat sesuai. Tetapi harus diingat tak semua model dengan saiz ni menawarkan cip yang berkuasa seperti cip Intel Core i7 atau kad grafik yang lebih baik. Laptop bolehlah dikelaskan seperti berikut:

Ultrabook – Biasanya tebal lebih kurang 0.7 inci dan kebawah disamping menyalurkan prestasi yang tinggi.

Notebook – Kombinasi antara mudah alih dan prestasi. Saiz sudah pasti lebih besar sedikit dari Ultrabook.

Laptop 2-in-1 – Boleh dijadikan sebagai laptop atau tablet apabila dipisahkan dari papan kekunci. Sistem operasi menyokong ciri sentuhan

Gaming – Jenis ni biasanya berat dengan rekabentuk kompak. Dikuasakan dengan perkakasan dalaman berprestasi tinggi membolehkan pengguna menjalankan permainan bergrafik tinggi.

3. Papan kekunci

Spesifikasi baik tak bermakna papan kekuncinya sedap digunakan. Ada pelbagai jenis susun atur papan kekunci yang boleh dipilih, sama ada yang bersaiz penuh diiringi butang nombor atau yang lebih kecil sedikit.

Bagi yang banyak bermain dengan nombor pasti mahukan butang nombor ditepi, tetapi yang lebih kerap menaip mungkin tidak mungkin menyukainya kerana akan terkeliru dengan butang anak panah.

Lebih elok jika memilih yang mempunyai ciri cahaya, backlit. Lebih mudah digunakan pada waktu gelap.

4. Jenis pemproses

Kredit foto: PC World

Perkara yang paling penting ketika memilih sesebuah laptop. Cip pemproses atau CPU ibarat “otak” kepada laptop. Kalau korang membuat tugasan dan bermain game biasa, tak perlulah bersusah payah memilih CPU aras tinggi.

Kalau mahukan cip dari Intel ada tiga jenis yang boleh dipilih, Intel Core i3, i5 dan i7. Masing-masing berbeza dari segi harga dan prestasi. Intel Core i5 dah memadai dan sedap dipakai untuk korang.

Dekat hujung versi model tu ada huruf seperti U dan Y. Contohnya seperti Intel Core i5-7200U. Kebanyakkannya adalah dari jenis U dan kalau Y, ia berkuasa rendah dan prestasi kurang memberangsangkan. Kalau Intel Core i7, hujung nama model tu ada HQ atau K yang gunakan kuasa lebih tinggi.

Selain Intel ada lagi CPU macam AMD Ryzen. Banyak ulasan cakap ia mantap untuk gaming, tapi korang tunggu kerja dululah baru beli.

5. RAM

Kredit foto: Ars Technica

Memori RAM diperlukan untuk membolehkan korang menjalankan pelbagai perisian atau aplikasi dalam waktu yang sama. Disamping sistem dapat mengakses data dengan lebih pantas.

Dengan perisian dan pengalaman penggunaan zaman sekarang, kapasiti RAM yang sesuai sekurang-kurangnya adalah 8GB.

Kalau banyak jalankan aktiviti berat atau bermain game, RAM 16GB atau keatas untuk prestasi dan pengalaman yang betul-betul padu.

6. Ruang simpanan

Kredit foto: Yahoo Finance

Semua sudah maklum, sistem dan data laptop disimpan dalam HDD. Ia dah kurang digunakan lebih-lebih lagi bagi laptop seperti Ultrabook disebabkan saiznya dan pemprosesan yang agak perlahan serta kadang-kala cepat panas. Kalau dah lama sikit, siap berbunyi bising lagi.

Satu lagi jenis adalah Solid State Drive (SSD). Ukurannya lebih kecil, data boleh diakses dengan lebih laju. Seperti contoh, korang pasang sistem operasi didalamnya, proses buka laptop kebiasaannya mengambil masa beberapa saat saja atau paling kurang pun 1 minit.

7. Jenis port dan ciri keselamatan

Salah satu perkara penting adalah port sambungan. Bayangkan anda membeli laptop jenama ternama dengan harga mahal tetapi hanya mempunyai dua port sambungan.

Sekiranya korang pelajar, pilihlah laptop yang ada sekurang-kurangnya port USB 3.0 (lebih kurang 10 kali lebih pantas dari versi 2.0) dan HDMI. Senang sikit jika ada pembentangan perlu dibuat didalam kelas. Lihat juga pada port sambungan dari jenis USB Type C, kombinasi untuk pengecasan dan pemindahan data.

Bagi yang agak skeptikal dengan ciri keselamatan seperti kata laluan, terdapat laptop yang mempunyai ciri pengimbas cap jari. Selain meningkatkan lagi sekuriti , akses lebih pantas dapat dibuat untuk menyahkunci laptop. Seperti telefon pintar korang, jarang dah rasanya guna kata laluan. Kan?

8. Bateri

Kredit foto: BreakFixNow

Selalu strim video, kecerahan skrin tinggi, dan akses internet boleh kurangkan kuasa bateri dengan pantas.

Untuk korang yang selalu duduk setempat dan berdekatan dengan punca kuasa, mungkin tak bermasalah. Jika yang selalu berulang alik ke kelas atau perpustakaan, carilah yang mampu berkuasa sehingga 7 ke 8 jam tetapi bergantung kepada penggunaan juga.

Semak kapasiti bateri seperti contoh nilai 44Wh hingga 55Wh adalah antara nilai terbaik bagi bateri.

Itulah antara perkara dan tips yang patut anda fikirkan terlebih dahulu. Jadi apa yang bersesuaian dengan pelajar zaman sekarang?

  • Ukuran skrin sekitar 12.5 inci ke 14 inci dengan resolusi skrin 1920 x 1080
  • Cip Intel Core i5 dah memadai
  • RAM 8GB
  • Antara HDD dan SDD, pastinya korang nak yang lebih pantas
  • Jangka hayat kuasa dari bateri yang mampu bertahan lebih kurang 7-8 jam
  • Sistem operasi yang senang digunakan dan tak menyusahkan bila melakukan tugasan yang diberi.

Sekali lagi, ia terpulang kepada keperluan dan bajet yang korang peruntukkan. Jika korang masih pening kepala, Huawei ada mengeluarkan sebuah laptop ultrabook untuk individu yang mahukan sebuah laptop ringan diusung kesana-kemari.

 

Dilengkapi dengan skrin IPS bersaiz 14 incinya mampu menghasilkan paparan 1920 x 1080 yang cukup memuaskan halwa mata korang.

Rekaannya kemas dan tampak premium dan mudah dibawa kemana-mana tanpa memerlukan beg yang besar. Disamping tu, bateri yang dibekalkan berkapasiti 57.4Wh dan mampu menampung penggunaan sekitar 7 ke 8 jam.

Dikuasakan dengan CPU Intel® Core™ i5-8250U dan grafik Intel® UHD Graphics 620, sesuai untuk tugasan dan permainan video yang santai.

Sistem memori RAM adalah 8GB dan ruang menyimpan yang diberikan adalah SSD 256GB. Mempunyai port USB C, USB 3.0, USB 2.0, HDMI serta bicu audio 3.5mm. Pembesar suara disisi disokong oleh Dolby Atmos untuk pengalaman pendengaran yang baik.

Ia turut dilengkapi dengan ciri Huawei Share. Pemindahan data dapat dibuat dengan pantas tanpa sambungan wayar. Sambungkan saja dengan telefon pintar melalui Huawei Share, 1000 gambar dihantar dalam masa 3 minit dan video 1GB boleh disalin dalam tempoh seminit sahaja.

Huawei Sharei boleh dilakukan bersama telefon pintar siri Huawei Nova yang menyokong pelbagai ciri-ciri Kecerdasan Buatan dan ia mampu memudahkan serta melancarkan tugasan harian pelajar.

Menariknya juga tentang Huawei Matebook D, ia dilengkapi dengan ciri pengimbas cap jari. Hendak hidupkan laptop, tekan saja pada butang kuasa, dalam masa yang sama, sensor akan mengesan cap jari dan korang tak perlu lagi mengisi kata laluan dimana ia terus membawa ke paparan utama.

Seperkara lagi yang menarik tentang produk ini adalah saiz pengecasnya yang bersaiz poket dan ringan. Kalau ditambah tolak, berat Huawei Matebook D dan Pocket Charger hanya dibawah 2kg sahaja. Ringan bukan? Cukup mudah dimuatkan kedalam beg terutama bagi golongan pelajar yang terpaksa mengangkut buku-buku pelajaran.

Huawei Matebook D dijual pada harga RM2999 untuk pasaran tempatan dan korang mungkin boleh mempertimbangkan model ini untuk dijadikan teman menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah.

Bagi yang berminat, boleh lanjutkan bacaan dan beli dari Huawei Online Shop atau dari SenQ.



Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think