Siakap Keli

“Saya Akan Pertahankan Kerusi DUN Rantau,” Mahkamah Persekutuan Batal Kemenangan Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan berikutan kemenangan yang diterima bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Hal ini turut dikongsi melalui Facebook rasmi miliknya sambil memberitahu bahawa akan berlangsung pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.

Mahkamah Persekutuan yang bersidang pagi tadi telah memutuskan menolak rayuan saya.

Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan dalam tempoh sedikit masa lagi, di kawasan N27 Rantau, Negeri Sembilan.

Saya akan pertahankan kerusi DUN Rantau, Insha Allah.

Beliau sebelum ini telah memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah selepas kemenangan beliau dikatakan tidak sah.

Nur Farra