Siakap Keli

3 Lokasi Di Malaysia Antara 20 Bandar Tertua Masih Wujud Di Asia Tenggara

Malaysia adalah negara bertuah yang mempunyai sejarah yang panjang. Kepelbagaian masyarakat dan budaya serta kerajaan-kerajaan lama sebelum kewujudan Malaysia menyaksikan pelbagai cerita tersimpan.

Laman web Seasia, sebanyak 3 buah daerah di Malaysia di senaraikan antara tiga lokasi tertuan di di Asia Tenggara yang masih wujud.

Berada di tangga ke-15 adalah Bandar Muar yang terletak di Johor. Bandar ini dikatakan berusia 658 tahun dan pernah menjadi tanah jajahan kepada kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu.

Manakala di tangga ke-17 pula adalah Melaka yang wujud sejak 623 tahun lalu semenjak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Melengkapkan senarai 20 bandar tertua tersebut adalan Teluk Intan yang berada di bawah kekuasa Kerajaan Kesultanan Melayu Perak yang kini sudah berusia 507 tahun.

Mendahului senarai berkenaan adalah bandar Hanoi di Vietnam. Pernah dimiliki oleh kerajaan Jiaozhou, bandar ini dianggrakan telahpun berusia 1,565 tahun.

Di tangga ke-2 pula adalah kota lama di Indonesia iaitu Palembang yang pernah dikuasai kerajaan Srivijaya. Kota ini telahpun berusia 1,336 tahun.

Manakala kota lama ketiga tertuan di Asia Tenggara adalah Bandar Luang Prabang, Laos yang sudah berusia 1,321 tahun. Kota ini pernah berada di bawah penguasaaan Kerajaan Muang Sua.

Sumber: seasia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.