Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bayi Maut Didakwa Berpunca Daripada Keracunan Cecair Vape

Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia yang didakwa akibat keracunan cairan vape yang mengandungi nikotin, dalam kejadian yang berlaku di Australia.

Walaupun cecair untuk e-rokok itu diharamkan di Australia, bagaimanapun ia masih boleh dibeli melalui atas talian, dedah korener yang menyiasat insiden kematian melibatkan bayi malang berkenaan.

Biarpun tiada maklumat lanjut yang didedahkan, korenar menegaskan bahawa bayi tersebut meninggal dunia akibat pendedahan kepada cecair e-rokok tersebut.

Menurut laporan The Herald Sun, hanya 1 milimeter cecair e-rokok itu sudah cukup untuk meletakkan risiko pada bayi termasuk boleh menyebabkan kematian sekiranya ditelan, dihidu atau terpecik pada bayi.

Berdasarkan laporan Poisons Information Centres, terdapat sebanyak 70 kes keracunan cecair e-rokok dilaporkan berlaku pada 2016, peningkatan sekali ganda daripada tahun sebelumnya.

Daripada keseluruhan 202 kes keracunan cecair e-rokok di Australia, 76 daripadanya melibatkan kanak-kanak termasuklah 62 bayi.

”Ketepikan sekeitika perbahasan sama ada e-rokok mengurangkan risiko kesihatan atau apa sahaja, ketika ini keutamaan harus diberi kepada usaha untuk mewujudkan garis panduan awam terhadap pengendalian cecair ini,” kata Dr Sarah White, jurucakap Hospital Victoria.

Sumber: The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.