Siakap Keli

Bukan Lagi Mimpi, Syarikat Dari Russia Tawar Pakej Pelancongan Ke Angkasa Bermula Harga Serendah RM800 Ribu

Mempunyai impian melancong ke angkasa? Dalam masa beberapa tahun lagi, ianya bukan lagi satu mimpi jika anda mempunyai wang.

Impian tak terjangkau oleh fikiran ini akan direalisasikan oleh sebuah syarikat dari Russia iaitu NPO Aviation and Space Technologies yang menawarkan pengembaraan ke ruang angkasa dengan harga bermula serendah RM818 ribu hingga mencecah RM123 juta.

Gambar : Daily Star UK

Kapal pertama yang masih dalam proses pembinaan itu diberi nama ‘Selena Space Yact’ mendapat pemantauan daripada National Technology Initiative (NTI) AeroNet and SpaceNet.

Kapal tersebut boleh membawa sehingga enam orang penumpang mengelilingi orbit dengan kelajuan pesawat sekitar 2,685 batu sejam.

Gambar : Daily Star UK

Baru-baru ini, Syarikat Virgin Galactic yang lebih awal menyediakan perkhidmatan sama kini telah melalui fasa percubaan untuk menguji pesawat mereka.

Selain menguji pesawat pada  altitud tinggi, syarikat tersebut berkata mereka sedang membuat ujian berat untuk mencuba pesawat tersebut sebagai persediaan kepada penumpang.

Sumber : Daily Star UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.