Siakap Keli

Dahulu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Kini Selesa Tampil Berjubah Dan Bertudung Labuh

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mulan Jameela yang satu ketika sangat popular dengan lagu Makluk Tuhan Paling Seksi.

Jika dahulu, penampilannya sentiasa mencuri tumpuan, sesuai dengan judul lagu yang dibawanya itu, Mulan kini selesa tampil dikhalayak mengenakan jubah dan taudung labuh.

Dengan identiti terkininya sebagai Muslimah moden, isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani dikatakan sudah memadam semua gambar-gambar mencolok mata yang pernah dimuat naik di akaun Instagramnya.

Sebaliknya Mulan kini lebih selesa untuk berkongsi gambar-gambar yang memperlihatkan dia mengenakan jubah, tudung labuh selain memakain sarung tangan dan stokin.

Malah, melalui perkongsian gambar-gambar berkenaan juga, Mulan turut berkongsi kapsyen-kapsyen yang lebih Islamik sesuai dengan hijrahnya.

Berikut adalah perkongsian terkini penampilan Mulan selepas berhijrah.

View this post on Instagram

Belajar menahan rindu itu rasanya berat.. .

A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1) on

Sumber: Mulan Jamilah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.