Siakap Keli

Saksikan Fenomena ‘Super Snow Moon’ Hiasi Langit Paling Besar Dan Paling Terang Malam Ini

Berita baik untuk semua, bulan purnama seterusnya dikatakan antara yang paling besar dan paling terang tahun ini akan melintasi langit pada Selasa, 19 Februari.

Menurut NASA, ‘Super Snow Moon’ merupakan bulan yang paling gah akan merentasi langit pada 19 Februari.

Supermoon yang berlaku semasa bulan purnama ini akan menjadi paling dekat dalam orbitnya ke Bumi. Secara teknikal, supermoon akan mencapai kemuncaknya pada pagi Selasa, pukul 10:54 pagi, tetapi ia tidak akan dapat dilihat pada masa itu. Sebaliknya, perhatikan pada malam Isnin dan Selasa.

Bulan purnama bulan Februari juga dikenali sebagai ‘bulan salji’. Setiap bulan, bulan purnama membawa nama yang berbeza mengikut musim yang paling berkaitan dengan masa itu. Ini kerana berabad lalu, bulan lunar dikaitkan dengan perubahan musim berbanding tahun solar.

“Supermoon adalah keajaiban alam kerana ia adalah bulan yang boleh kelihatan hampir 30% lebih cerah dan hampir 14% lebih besar daripada bulan purnama biasa,” kata ahli astronomi Slooh, Dr Paige Godfrey.

Sumber: CNN, Mirror UK

Nur Farra