Siakap Keli

Selepas 20 Tahun Beraksi, Ratu Squasy Negara Umum Bakal Bersara Tidak Lama Lagi

Ratu Skuasy Negara, Dato’ Nicol Ann David, 35, melalui satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter memaklumkan akan bersara daripada arena suka berkenaan pada Jun nanti.

”Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan sejak 20 tahun yang lalu.

”Kini tiba masanya untuk cabaran dan peluang baru,” kata kenyataan itu.

Rata-rata tweet yang dibuat beliau mengejutkan ramai netizen. Namun begitu, para pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih di atas semua jasa beliau mengharumkan nama negara.

”Karear yang menakjubkan. Kami pasti merindui kamu. Saya tidak akan dapat melupakan karisma kamu sebagai seorang atlet. Sentiasa senyum, sentiasa yakin dan profesional,” kata @squashour.

”Terima kasih untuk segalanya yang kamu sumbang untuk kami dan negara. Kamu menjadi inspirasi kepada semua pihak,” kata @mrstingy2014.

”Selamat maju jaya selepas persaraan. Terima kasih untuk tempoh 20 tahun ini dan perjuangan kamu meletakkan nama Malaysia di mata dunia,” kata @Dazza3088 pula.

Dato’ Nicol adalah atlet sukan skuasy Malaysia yang paling berjaya dan pernah menduduki ranking pertama dunia selama 112 bulan.

Beliau juga berjaya merangkul sebanyak 81 kejuaraan daripada 102 perlawanan akhir disertainya dalam tempoh tersebut termasuklah menjadi Juara Dunia sebanyak 8 kali.

Sumber: Nicol Ann David

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.