Siakap Keli

(Video) Fenomena ‘Salji Hitam’ Kejutkan Penduduk Di Dua Bandar Rusia

Penduduk dua buah bandar, Kiselevsk dan Prokopyevsk di Rusia dikejutkan dengan fenomena aneh salji hitam yang turun di kawasan berkenaan.

Fenomena yang menggemparkan tersebut turut tular di media sosial selepas beberapa rakaman video dimuat naik di pelbagai platform media sosial.

Bagaimana pun fenomena berkenaan bukanlah perkara yang luar biasa sebaliknya salji hitam itu dikatakan berpunca daripada pencemaran udara akibat aktiviti perlombongan arang batu yang terletak di kawasan berdekatan.

Timbunan salji hitam dapat dilihat dimana-mana sahaja termasuklah di kawasan bahu jalan, atas jalan dan di kawasan penempatan penduduk.

Walaupun pencemaran udara biasa didengar, namun fenomena salji hitam ini adalah jarang-jarang berlaku sekaligus meninggalkan pemandangan menakutkan dan mengganggu aktiviti seharian penduduk.

Selain faktor perlombongan arang batu, rata-rata turut menyalahkan pencemaran asap kenderaan dan kebergantungan kompleks perniagaand serta kediaman terhadap arang batu untuk sistem pemanasan turut menyumbang kepada keadaan demikian.

Sumber: Odditycentral

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.