Siakap Keli

(Video) Gelagat Anggota Bomba Beri Minum Dan Mandikan Anak Anjing Yang Diselamatkan Dari Kebakaran Hutan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut sahaja anggota bomba dan penyelamat, bukan calang-calang tugas yang perlu dipikul oleh mereka yang berceloreng oren ini. Apa sahaja sanggup diredah demi menyelamatkan nyawa serta harta benda sewaktu kebakaran atau kejadian tidak diingini berlaku.

Ini termasuklah menyelamatkan haiwan yang berada dalam kesusahan atau menangkap binatang berbahaya. Namakan apa sahaja, kucing tersepit, lembu terperangkap, tangkap biawak mahupun ular yang masuk ke dalam rumah. Mereka ini pastinya berada di barisan hadapan dalam membantu.

Seperti perkongsian daripada seorang anggota bomba ketika menyelamatkan anak-anak anjing ketika memadam kebakaran di sebuah hutan membuktikan kasih sayang sesama makhluk. Haiwan-haiwan ini yang kepanasan diberikan rawatan awal sama seperti makhluk bernyawa lain.

Terima kasih abang bomba kerana menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang tanpa mengira situasi.

Operasi kebakaran hutan di padang serai..

Binatang juga memerlukan kasih sayang dari kita.. bila tengok keadaan anak-anak anjing ni sayu rasanya… kepanasan.. terhidu asap.. kehausan….

Jangan la disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kita dengan membakar secara terbuka dan secara tidak langsung kita menyebabkan kesusahan terhadap orang awam dan makhluk lain..

Alhamdulillah.. semua selamat… boleh minum air.. kena mandi.. segar terus … Sayangi lah binatang sebab binatang juga merupakan makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini…

Selamatkan anak anjing dari hutan yang terbakar

Basahkan anak anjing yang kepanasan

Beri minum air

Diserahkan kepada individu yang baik hati

Tahniah kami ucpakan kepada semua abang bomba, jom tonton video di bawah ini.

Sumber : Zainy Hazmat

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.