Siakap Keli

(Video) Pasangan Pengantin ‘Viral’ Pilih Ais Cendol Jadi Mas Kahwin

Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap Sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, wang mahar atau mas kahwin yang ditetapkan di setiap negeri adalah berbeza.

Lain pula ceritanya di Indonesia apabila segelas ais cendol dijadikan mahar sebagai melengkapi pernikahan pasangan dari Indonesia ini.

Perkongsian daripada pemilik akaun Facebook, Bagus Yudhistira berkongsi momen tersebut dan rata-rata netizen mengagumi keunikan mahar yang diberikan.

“Dengan mas kahwin segelas ais cendol, sah perkahwinan Rohman Kawol.”

Ternyata perkongsian itu menarik perhatian orang ramai yang memberi ulasan positif.

“Bagusnya Ya Allah, murah tapi berharga.”

“Ya Allah, murah tapi sangat bermakna ertinya. ”

“SubhanaAllah mas kahwin ais cendol.  Semoga jadi keluarga barakah.”

Daripada rakaman video yang dikongsi, pernikahan itu diwalikan oleh bapa pengantin berserta mahar ais cendol yang disertakan sekali dengan surah Al-Ikhlas.

Selain itu, salah satu video menunjukkan pengantin lelaki turut menunggang motosikal yang telah diubah suai dengan peralatan dan perkakas menjual cendol ke rumah pengantin perempuan.

Sumber: Facebook Bagus Yudhistira

Nur Farra